Ahlan Wasahlan Wamarhaban

Syed Abdul Kadir Aljoofre,

Kuala Lumpur - Selangor - Singapura - Madinah Al-Munawwarah - Perlis - Kedah - Tanta - Kaherah.

Banyakkanlah berselawat ke atas kekasih kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi Waalihi Wasallam..


Sila jaga tatatertib Syariah dalam tagboard di bawah. Ulasan bagi sesuatu topik dialu-alukan dikemukakan di bahagian ulasan topik tersebut, dan bukan di bahagian tagboard. Jazakumullah
   

<< February 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28

Sila klik di tarikh-tarikh di atas untuk melihat entry untuk hari tersebut.. Sila klik juga di bulan-bulan sebelum ini. Digalakkan juga mula membaca dari posting awal (1 Februari 2005) mengikut turutan. Di bawah ini pula sebahagian entry yang menjadi "hits" disusun mengikut tarikh


  • Catitan Pertama

  • Kasih Si Anak Kecil

  • Doa Akhir dan Awal Tahun - Haramkah Membacanya? (Bhgn. 1/2)

  • Meramal Hari Qiamat?

  • Tasua'

  • Cikgu Oh Cikgu!

  • Tuntutan Mencari Ilmu

  • Sabar (Bhgn. 1/2)

  • Sembelih Vs Zalim

  • Force Of Nature.. Konsert Amal

  • Kat sana, kat sini..

  • Siti Oh Siti!

  • Sambutan Maulid Nabi (Bhgn. 1/20)

  • Salam Dari Kota Singa

  • Saman Sambut Maulid

  • Qataluki Ya Iraq!

  • Maulid Melayu

  • Selawat, Bid'ah vs Pendidikan

  • Menghina Islam

  • As-Sayyid Muhammad Al-Maliki (Bhgn. 1/4)

  • Petir

  • Persoalan Membasuh atau Menyapu Kaki Ketika Wudhu' (1/2)

  • Nasihat Tak Wajib Dilaksanakan?

  • Tidak Ikhtilat Lebih Cemerlang

  • Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

  • Istiqamah

  • Korban Bom

  • Dakwah Umum Dan Khusus (Bhgn. 1/2)

  • Aminah Wadud dan Bid'ah Hasanah - Satu Manipulasi Kotor

  • Judi - Pak Lebai dan Datuk Datin

  • Astora Dan Pembaca

  • Ekstrimiskah Mereka?

  • AP Hadhari

  • Permulaan Hidayah

  • Da'ie dan Da'iah

  • Niat Menuntut Ilmu

  • Eulogy (1)

  • Eulogy (2)

  • Surat Imam Abdullah Alhaddad (1/2)

  • Nisfu Sya'ban Datang Lagi

  • Waktu-waktu Penting

  • Puasa dan Raya - Malaysia Vs Mesir

  • Maulid Condi Rice di Arab Saudi

  • Sucikah Kita?

  • Wahhabi Oh Wahhabi

  • Pengenalan Ringkas Mazhab Syafie (1/5)

  • Pening juga tak mau bermazhab ya?

  • Doa Akhir dan Awal Tahun

  • Solat Jumaat - Sedikit Koreksi

  • Cemburu

  • Tiga Golongan

  • Futur

  • Bulan Istighfar

  • Al-Habib Abdullah Assyatri

  • Pemberian Tidak Setara Antara Anak-anak


    Sesungguhnya Ulama' itu adalah waris para Nabi

    Pautan ke para da'ie dan ulamak:

  • Habib Omar Benhafidz

  • Habib Ali Aljufri

  • Dr Mohd Saied Ramadhan Albouti

  • Dr Wahbah Azzuhayli

  • As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Rahimahullah)


    Pro-Tajdid Segar


    Pengunjung Sejak 1 Februari 2005:

    Isi Buku Tamu 

     

    YM Aljoofre




    Klik di Iklan di bawah (Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran)


    Klik butang "Contact Me" di bawah untuk menghantar email kepada ana

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Tuesday, February 08, 2005
    ...Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun.. Haramkah membacanya??

    Terbaca di beberapa blog dan forum baru-baru ini, memandangkan hampirnya kita memasuki tahun baru Hijrah, berkemundang sekali lagi seruan bahawa bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan satu bid'ah yang jelas haram di sisi Islam. Benarkan apa yang dihebohkan ini? Kalau benar mengapa saban tahun setiap jabatan agama negeri tidak pernah menghalang sambutan ini? Adakah tok mufti dan semua ustaz yang berada di setiap jabatan agama ni bersekongkol dalam kesesatan? Sama-sama kita kaji..

    Biasanya apabila kita tidak mengetahui asas bagi satu masalah, maka kita akan mudah membuat keputusan yang salah. Asas dan sebab bagi satu masalah merupakan kunci bagi kita untuk mendapatkan jawapan bagi masalah tersebut. Di sini kita perlu mengkaji dua masalah. Mengapa dibaca doa akhir dan awal tahun. Seterusnya mengapa pula satu golongan lagi cuba untuk mengharamkan perbuatan ini.

    Asas pendapat pertama kita lihat dari sudut amalan para ulamak berkurun lamanya bukan sahaja di nusantara malahan di banyak lagi tempat di dunia, yang mengamalkan berdoa di akhir dan awal tahun. Apakah asas mereka? Jawapannya yang ringkas, bukankah kita semua mengetahui bahawa beredarnya bulan dan tahun ini merupakan tanda kekuasaan Allah? Maka tidak layakkah kita sebagai hamba yang lemah memuji Allah apabila kita memerhatikan kebesaranNya? Seterusnya, bukankah molek kalau kita akhiri akhir tahun kita dengan memohon ampun atas kesalahan kita sepanjang tahun lalu, dan seterusnya memulakan awal tahun baru, dengan berdoa kepada Allah agar tahun yang mendatang dipenuhi rahmah dan maghfirahNya? Doa itu senjata mukmin. Maka gunakanlah senjata ada sebaik mungkin.

    Asas pendapat kedua. Bid'ah dholalah (atau kata mereka bid'ah secara mutlak) adalah mengadakan sesuatu yg baru yang tiada asasnya langsung dalam agama. Itu kata kita. Ada di kalangan mereka yang menyalah erti bahawa bid'ah adalah sesuatu urusan agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Namun sangkaan ini amat tersasar dari kebenaran berdasarkan terlalu banyak dalil menunjukkan keharusan perkara dalam agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah seperti menghimpunkan Al-Quran dan azan solat jumaat sebanyak dua kali yang dilakukan oleh Saiyidina Usman. Maka diistilahkan pula oleh Imam Syafie dan para mujtahidin yang lain perkara ini sebagai bid'ah hasanah. Malah diklasifikasikan pula oleh Imam Nawawi bid'ah kepada 5 hukum taklifi yang ada. Mereka kata klasifikasi ini klasifikasi dari sudut bahasa, namun jika kita kaji bid'ah dari segi bahasa bukanlah yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dan yg lain, tetapi bid'ah dalam agama.

    Apapun yang diistilahkan kita sepakat mengatakan bahawa perkara yang dibaharukan yang tiada asasnya langsung dalam agama hukumnya haram dan bid'ah yang dholalah. Nah, sekarang mereka membuat pula satu kaedah. Jika satu ibadat itu dilakukan pada satu waktu tertentu atau hari tertentu atau bilangan tertentu tanpa ada hadis yang warid dari Rasulullah s.a.w. maka ianya dikira sebagai bid'ah (baca bid'ah dholalah) dan haram. 2 asas inilah yang dipegang menjadikan bacaan doa akhir dan awal tahun sebagai haram.

    Maka apa pula komentar bagi kedua-dua hujjah kedua-dua golongan ini ya?

    Perbincangan bagi hujjah pendapat yang pertama. Dikatakan bahawa memuji Allah apabila memerhatikan kebesaran-Nya. Benar. Namun cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur itu perlukan petunjuk dari Allah dan Rasul-Nya s.a.w. Bukannya mengikut fikiran kita semata-mata. Adakah berdoa tersebut cukup untuk menghapuskan segala dosa yang berlaku di sepanjang tahun. Kalau begitu mudahla, Buat dosa banyak-banyak. Akhir tahun doa jelah. Lagipun kalau doa ni pun da bid'ah dan berdosa, sebenarnya bukan hapuskan dosa tapi tambahkan dosa lagi.

    Jawapan kepada perbincangan ini. Cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur adalah diharuskan selagi mana tidak melanggar syara'. Sebanyak mana pun kita bersyukur takkan cukup dengan nikmat yang Allah beri. Lagipun kita bukan bersyukur mengikut fikiran kita semata-mata, tetapi berdasarkan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya jugak kan. Bukankah berdoa ini satu cara yang ditunjukkan dan diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Bukannya kita sambut dgn konsert atau pertunjukkan bunga api.

    Berkenaan doa boleh menghapuskan dosa atau tidak tersebut, urusan tersebut diserahkan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang memerintah kita supaya berdoa dan Dialah yang memakbulkan doa dan mengampunkan dosa. Ini merupakan usaha kita yg diperintah oleh-Nya. Hujjah buat dosa banyak2 kemudian berdoa adalah hujah yang dangkal, kerana tiada siapa yang mengetahui selama mana hayatnya. Juga ia seolah-olah mempermain-mainkan mereka yang berdoa setiap hari agar diampunkan oleh Allah. Mengapa tidak tunggu tua sahaja baru berdoa. waktu muda buat dosalah banyak2. Hujah yang amat cetek dan tidak perlu dihiraukan, tetapi perlu dijawab kerana banyak antara mereka yang cetek ilmu, tapi mengaku berilmu. Semua kita sepakat bahawa melakukan perkara yang dilarang oleh syarak secara pasti dan mesti adalah haram. Jadi mengapa perlu dipersoalkan perkara begini. Tetapi kita sebagai manusia yang tidak maksum pasti tidak akan lari dari kesalahan. Jadi kita perlu dari masa ke semasa meminta pengampunan dari Allah s.w.t. Niat melakukan dosa dengan harapan berdoa di waktu lain agar diampunkan adalah niat yang jelas salah dan terlarang.

    Perbincangan hujjah pendapat yang kedua pula.

    Bersambung... (Sila tekan butang "Next Entry" di bawah untuk Bahagian Kedua"

    Posted at 12:50 pm by aljoofre

    cik lin
    February 8, 2005   02:22 PM PST
     
    a'kum wrt..

    harap boleh hurai panjang sket ttg topik doa akhir & awal thn ni sbb skrg ni ramai yg suka mainkan isu bid'ah.. wallahu a'lam.. :)
    Aljoofre
    February 8, 2005   08:27 PM PST
     
    waalaikumussalam wrh wbt..

    InsyaAllah ana akan cuba menghuraikan perkara ini seberapa mampu dalam waktu yg pendek ini.. Syukran kerana membaca. Boleh sebarkan bagi menyebarkan kebenaran..
    mujahidah
    September 18, 2005   10:11 AM PDT
     
    Assalamualaikum
    mcm mana yang dikatakan membaca yaasin 3 kali pd mlm nisfu sya'ban adalah bid'ah...
    Aljoofre
    October 26, 2005   02:50 AM PDT
     
    Waalaikumussalam,

    Mujahidah,
    Dikatakan bid'ah kerana mereka tidak berjumpa petunjuk secara direct dari Rasulullah yg sahih. Kita katakan ada dalilnya w/pun dhaif boleh diamalkan, dan jikapun tiada dalil direct, bleh diamalkan tanpa beriktikad ia berasal 100% dari nabi, tetapi berdasarkan dalil umum kemuliaan malam tersebut.

    Ertanto,
    Ana sudah terangkan dalam bahagian kedua tulisan ini. Secara mudahnya ia adalah bid'ah hasanah (dr segi bahasanya), atau juga bukan bid'ah (dr sudut istilah).

    Wallahu A'lam
    Husna
    February 17, 2006   07:20 PM PST
     
    Berdoa memang banyak dalil anjurannya. Tapi kalau dikatakan doa (khusus) awal / ahir hijrah itu tiada satupun dalil yang menganjurkannya.
    Kesalahannya lagi bila dikatakan orng yg berdoa tersebut maka iblis akan berkata begitu dan begini.., itu perlu dalil. Begitu juga siapa yg membaca doa itu lagi maka dikatakan Allah akan menurunkan dua malaikat menjaga sipembaca tersebut pada tahun itu.., ini juga perlu dalil..! Makanya cari mana dalilnya dari al-Quran atau hadist sahih...!??
    Aljoofre
    February 18, 2006   01:16 PM PST
     
    Husna.. Sila baca jawapan ana sehingga habis. Ana telah jelaskan apakah dalil2nya. Ingat dalil untuk pensyariatan tak semestinya dari Alquran dan Sunnah Sahihah secara direct ya ;-)
    Ibn Uwais
    January 19, 2007   10:30 AM PST
     
    Ana rasa doa itu tak bidah, doa makan doa tidur doa keluar rumah, doa naik kenderaan dan seribu satu doa lagi banyak yang bukan bersumber kepada Nabi tetapi mengikut syariat BERDOA. Tapi masalahnya, banyak risalah yang diedarkan sekarang bermula dengan.."Barang siapa yang membaca doa ini pada Akhir/ Awal tahun maka.....(Blah-blah-blah)
    " kat sini lah terjadinya kekacauan. Kalau diikutkan, siapa baca doa itu dah diwajibkan keatas Allah untuk menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang mendatang..ini lah yang peningnya. Apa pun ini hanya pendapat ana yang daif, yang pastinya kita memang digalakan berdoa, dan kedudukan doa ini sudah tentu lebih baik dari bid'ah fadhilat Ramadhan untuk 30 malam yang tersebar luas itu...wallahua'lam
    Name
    January 22, 2007   06:29 AM PST
     
    Pembukuan Al-Quran bukan urusan agama. Ia adalah urusan administrasi, walaupun yang dibukukan itu adalah kitab agama. Jadi itu memang tidak salah dan bukan bid'ah dhalalah. Adapun azan dua kali, 'Uthman 'Affan r.a. adalah salah satu dari khulafa rasyidin dan Nabi sudah katakan dalam hadith sahih untuk berpegang dengan sunnahnya dan sunnah khulafa' rasyidin. Jadi, Abu Bakr, 'Umar, 'Uthman, 'Ali, 'Umar bin 'Abdul 'Aziz sudah mendapat semacam "mandat" dari Nabi supaya kita berpegang kepada Sunnah mereka seperti azan dua kali. Namun doa awal dan akhir tahun, siapa yang mengarangnya? Khulafa Rasyidin? Ataupun asatizah yang perasan mendapat mandat?

    Zulkiflee bin Ali
    Ijazah Dakwah, Ahli Muda (Kolej Islam Muhammadiyah), Dip. Al-Quran & As-Sunnah, Sijil Pengajian Islam.
    Mahasiswa Sarjana Muda Ilmu-Ilmu Wahyu & Turath (IIUM)
    Yishun, Singapura
    aljoofre
    January 22, 2007   07:28 AM PST
     
    Akh Attolib Zulkifli, usah biadap dgn para ulamak silam dengan mengatakan mereka asatizah yang perasan. Nilai mereka tidak terbanding seciput pun dgn anda yg masih belajar.

    Jika anda katakan pembukuan Al-Quran adalah urusan administrasi walaupun ianya berbentuk ibadah, kita katakan membaca doa tertentu pada masa tertentu juga adalah urusan administrasi yang dipersetujui oleh ulamak silam. Ia hanya menggabungkan doa yang dituntut untuk kita membacanya pada bila2 masa, pada masa tertentu bagi maslahah ummat Islam.

    Jika anda katakan Azan dua kali itu dibolehkan kerana kita diperintahkan mengikuti sunnah khulafa' arrasyidin, maka jejak dan sunnahnyalah yg kita ikuti dengan mengatakan adanya bid'ah hasanah di dalam urusan agama, maka membaca doa awal dan akhir tahun ini dibolehkan.

    Wallahu A'lam
    Name
    January 22, 2007   08:07 AM PST
     
    mana ada bid'ah hasanah dalam urusan agama? yang ada ialah hadith "man sanna fil islaami sunnatan hasanatan falahu ajruha wa ajru man 'amila biha....." Saya tidak pasti apakah dalil anda bagi mengatakan demikian. Cuma kalau adalah bid'ah hasanah, tentu bunyi hadith itu menjadi "man ibtada'a fil Islaami bid'atan hasanatan.......". Anda kalau main teka-teka sahaja atau sahaja mengumpul semua "dalil" yang seperti membolehkan untuk membolehkannya, maka anda dalam keadaan bahaya dan membahayakan. Hadith ini dengan hadith "wa kulla bid'atin dolaalah......" menunjukkan bid'ah yang hasanah hanya dalam urusan dunia dan itulah dia ijtihad dalam hal-hal administrasi, pembukuan, perhimpunan dan sebagainya; dan bid'ah yang sesat pula ialah dalam urusan agama, 'aqidah, 'ibadah dan hukum hakam. Kalau ada bid'ah dalam urusan agama, bolehkah anda solat Zohor 5 rakaat? Kalau tidak boleh, mengapa pula tidak boleh? Bukankah itulah teori anda?
    aljoofre
    January 22, 2007   01:36 PM PST
     
    Ittaqillah ya akhi. Kalau anda ingin berjidal, silalah lakukannya di tempat lain, seperti yg selalu dilakukan oleh rakan2 semuhammadiah anda. Ana tidak gemar berjidal dan bermira'.

    Jika inginkan kebenaran bukan begitu caranya. Tanyalah dengan penuh adab dan tawadhu'. Moga cahaya Allah menyinari hatimu saudaraku dan hati kita semua.

    Bid'ah hasanah (atau kononnya bid'ah dari segi bahasa menurut kalian) itu ada dalam urusan agama dan itulah yang disebutkan oleh jumhur fuqaha' dari dahulu hingga sekarang. Mereka yang berdegil sahaja tidak mahu menerimanya.

    Adapun solat zohor 5 rakaat, usah anda menjadi jahil yg murakkab dgn berusaha menegakkan benang basah kononnya jika ada bid'ah hasanah maka solat zohor boleh diadakan 5 rakaat. Ini orang yang tidak mengerti membezakan mana yg dikira sebagai bid'ah yg hasanah dan dholalah. Secara ringkas ana katakan, yang menepati sumber agama dikira hasanah, dan yang MENYALAHI sumber2 agama dikira dholalah. Nah, bukankah 5 rakaat itu menyalahi sumber2 agama? Ana telah pun sebutkan semua perkara ini berulang kali, dan usahlah dimainkan radio rosak anda lagi ya.

    Sekali lagi ana katakan doa akhir dan awal tahun ini boleh dikira sebagai urusan administrasi (mengikut bahasa anda sendiri), ataupun bid'ah hasanah mengikut bahasa Imam Syafie Nawawi dan Jumhur Ulamak dunia dari zaman dahulu hingga sekarang. Maka kita sampai kepada point yg sama2 kita persetujui iaitu ia dibolehkan dibaca secara kesepakatan para ulamak.

    Wallahu A'lam

    P/S: Buat para pembaca. Ana tidak akan melayan usaha berjidal selepas ini akan perkara2 remeh yg telah diselesaikan lama oleh para ulamak terdahulu. Sila ke tempat lain jika anda ingin menegakkan benang basah. Maaf jika tindakan ini nampak kasar, tapi lebih kasar lagi tindakan mereka yg menghina para ulamak al-ajilla'.
    Name
    January 23, 2007   04:06 AM PST
     
    kenapa delete reply ana? Takut malu?
    aljoofre
    January 23, 2007   04:38 AM PST
     
    Ittaqillah ya akhi.. bukankah telah nyata dalam comment ana sebelum ini, ana tak mahu berjidal dan takkan melayan usaha2 begitu? Tidak fahamkah Bahasa Melayu yg mudah begitu? I'm not going 2 reply to nor publish any of those comments. You've stated tt you r going somewhere else, then please do, if our dakwah doesn't suits u. This blog is intended 2 be read by the real salafiyyun sunniyun. May Allah bless U and all of us with His maghfirah and hidayah. Amiin. Astaghfirullahal 'Azim...
    al_khaidir
    April 27, 2007   10:19 AM PDT
     
    Akhi zulkifli, antum terlalu meghujat dan mengkaji ilmu hanya luarnya sahaja belum sampe kedalam-dalamnya sehingga dgn mudahnya mengucapakn bi'dah sana sini, belum tentu ilmu yg antum pelajari semua itu termasuk benar,cobalah dari sekarang bercermin diri apakah kita ini sudah baik atau belum, semoga akhi zulkfili dibukan pintu hidayah amin yra
    Aljoofre
    December 25, 2007   10:12 AM PST
     
    Rini.. doalah keampunan bagi mereka selalu, dan mohon Allah merahmati mereka.

    Rabbighfirli waliwalidayya, warhamhuma kama rabbayani soghira..
    muslimah
    December 28, 2008   12:47 AM PST
     
    salam..saya nk bertaya sdikit jika kita lupa baca doa awal tahun dan akhir tahun ppada waktu yg ditetapkan apakah hukumnya..tapi kita baca juga doa itu pada sebelah mlm lpas magrib?
    CikguDariUlu
    December 28, 2008   11:24 AM PST
     
    Assalamualaikum. Saya ni memang cetek ilmu agama. Satu sahaja yang saya minta...kalau boleh perbincangan dalam blog ni lebihkan lah mengguna bahasa yang baik-baik. Ketika berhujah, ketika mennyatakan dalil dan sebagainya. Saya dan pembaca yang lain memerlukan penerangan yang mudah, terang dan mesra. Salam.
    Name
    December 28, 2008   11:44 AM PST
     
    Assalamualaikum,
    Pengetahuan agama saya memang kurang, sebab itu saya melayarai laman yang memberi diskusi agama. Pendekatan ustaz sangat menyenangkan jiwa saya.

    Setidak-tidaknya berdoa akhir tahun dan awal tahun tidak dapat membawa kepada apa-apa kerugian, jika diterima Allah ya karim, alhamdulilah, jika tidak kita berikthiar untuk mendapat keampunan dan keredaannya.
    kavin
    December 30, 2008   09:49 AM PST
     
    maju terus saja Bib...
    tak usahlah layani jidal disini
    Aljoofre
    December 30, 2008   09:19 PM PST
     
    mulismah - tak ada masalah. Doa dituntut dibaca. Bila-bila pun tak apa. Terlambat baca waktu siang, bacalah waktu malam. Lebih baik daripada mereka yang enggan baca langsung.

    Cikgu Ulu: Kalau saya ada terkasar maaflah ya. Saya cuba santaikan, mudahkan, mesrakan dan santaikan. Tapi kadang-kadang tu ada manusia kena guna cara kasar jugak kan. Cikgu tentu tau kerenah anak murid ;-) Tapi saya tak rasa saya ada guna bahasa yang tak "baik-baik". Kalau salah mohon tunjukkan ya...

    Name & kavin: Syukran dan doakan ana selalu ya...
    La tahzan
    July 21, 2009   03:59 AM PDT
     
    ana minta bantuan ustaz2 memberi tip cara mana untuk bertaubat . saya dikatakan setiap hari solat taubat dan doa. tapi masih lagi ulangi maksiat tersebut. niat memang kuat untuk tak mengulangi lagi. tapi jln ke situ tarbuka luas. saya elak berjumpa tapi dia datng merayu. saya cakap berkali2 tapi dia macam x nak dengar. kalau saya tak laya dia akan membuat saya malu. saya bertahu cuba elak tapi x boleh. so macam mane cara dan adakah taubat saya itu di terima allah . sebab saya dan bertahun2 cuba . ianya teramat sukar untuk dielak. apa yh saya tahu mati sahaja yg boleh menamatkan masaalah saya. saya tak mahu persoalan mati sebagai jawapan penyelesaian . saya mohon tip yg dapat memanafaatkan bersama.
    metyan
    December 2, 2009   05:04 AM PST
     
    kalau berdoa pun bidaah... naik kereta pun bidaah, duduk dalam rumah batu pun bidaah, naik kapal terbang pun bidaah, pakai baju yg bukan stail arab pun bidaah... tapi rasullullah pakai serban kan .. kenapa pakai serban pun geng2 ni cakap bidaah jugak???
    jempol
    December 17, 2009   06:29 AM PST
     
    pada kebiasaan-nya tin yang seporoh kosong bunyinya kuat dan tin yang penuh dengan air tidak akan berbunyi....itulah hakikat sebenar.

    tak usahlah kita hendak memepertikaikannya lagi. Yang kurang berilmu tuuu, jangan cepat nak menuduh... penuhkan ilmu itu kerana ianya lebih mulia. Yang berilmu sejati, bagitu fasih dalam ugama, ajarlah mereka yang kurang berilmu saperti mana yang dituntut olih Allah dan Rasul.
    jim
    December 17, 2009   08:53 AM PST
     
    salam..berdoa itu tidak pernah salah..Allah pun menyeru di dalam alQuraan agar manusia berdoa kepadaNya..memohon keampunan dan keberkatan..kecuali mendoakan kebinasaan org lain yang seagama...apa salahnya berdoa untuk kebaikan...
    Notme
    December 17, 2009   10:01 AM PST
     
    While this is Islamic page, it has sexy advertising at it's very top of the page. Should this page be trusted!!???
    Abdul Rahman Ahmad
    December 17, 2009   10:09 AM PST
     
    Assalamualaikum wahai saudaraku sekelian semoga kita semua mendapat rahmat daripada Allah. Saya pun rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pendapat menganai perkara ini.... Pada pandangan saya mengapakah kita nak persoalkan sangat hal kabaikan dan ibadat dengan dengan perkara bidaah... kalau nak kirakan bidaah...berlambak-lambak perkara bidaah yang sebenarnya dibuat oleh kita sehari-harian termasuklah tengah menaip dengan komputer dan surf internet ini.... Saya tidak berapa gemar bila ada orang yang begitu tajam menyelar orang yang berdoa...bukankah doa itu adalah sebahagian daripada zikir (mengingati allah)...biarlah ...mengapa kita nak menegah hamba Allah yang yang nak merayu dan memohon keampunan dan rahmat dari tuhannya. Soal dihapuskan segala dosa tu pulak mengapa mesti hairan pulak...bukankah Allah tu sifatnya Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun...kepada mereka yang mempertikaikan perkara ini... harus diingatkan jangan samakan sifat Allah dengan manusia... Allah bukannya pendendam macam manusia...kita bolehlah kalau orang buat salah sikit kita ungkit sampai mati... tapi Allah lain ... Allah bukan macam tu...sifat Allah tersangat berlainan dengan segala makhluk... jadi jangan hairanlah kalau allah boleh mengampun segala dosa... keranan di dalam sebuah hadis Qudsi, Allah Ta'ala ada menyebut yang lebih kurang maksudnya, " Kalau seseorang anak Adam itu yang dosanya lebih besar dari bumi dan segala isinya, mengangkat tangan dan memohon ampun padaku....nescaya aku ampunkan kesemuanya....begitulah sedikit motivasi kepada kita semoga sentiasa yakin kepada rahmat Allah dan yakin akan kasih sayangnya. Sehinggakan sekali buat dosa belum lagi dicatatkan, dua kali pun belum lagi dicatatkan....sehinggalah lima kali kejahatan dilakukan barulah dicatatkan, namun setelah sekali melakukan kebajikan ataau kebaikan kelima-lima dosa yang dilakukan akan dihapuskan.... begitulah besarnya rahmat Allah. Akhir sekali ingin saya yang dangkal, jahil dan hina dina ini mengingatkan diri saya dan saudara sekelian bahawa setiap dari hamba Allah yang dapat masuk syurgapun bukanlah kerana kehebatan amalan kitapun......Tapi semata-mata kerana rahmat Allah sahaja. .... ingatlah kembali akan kisah seorang abid yang beribadat selama 500 tahun telah dinafikan peluang masuk ke syurga kerana berfikir bahawa ibadatnya yang solid 500 tahun itulah membawanya ke syurga dan lupa bahawa sebenarnya dia dapat masuk ke syurga hanya kerana rahmat Allah....ingatlah bagaimana Allah memerintahkan malaikat menimbang amalan 500 tahun itu dengan hanya sebelah biji matanya sahaja untuk menunjukkan bahawa rahmat Allah itu terlalu besar dan dengan rahmatnya insyaAllah kita semua akan memperolehi Jannah. Sekian sahaja apa yang baik itu dari Allah....
    hamba Allah
    December 17, 2009   10:16 AM PST
     
    dear all readers..
    Bagi saya tidak salah untuk berdoa utk akhir tahun dan awal tahun..jgn terlalu cepat untuk menyimpulkan ia sebagai satu bidaah.. hanya anggapkan ia sebagai satu amalan tahunan sahaja.. bidaah adalah sesuatu perkara yang lain..
    bagi saya berdoa akhir tahun dan awal tahun bukan bidaah. i sememangnya di lakukan di akhir tahun dan akhir tahun..hanya sekali sahaja setahun..sebab itu ia dilakukan stiap kali nak masuk tahun baru.. dan mengenai pengampunan dosa dan sebagainya kita hanya serahkan ia kepada Allah. jangan samakan dengan ajaran2 agama lain..buat salah, isi borang pengampunan n terlepas dosa..bukan itu yang di maksudkan mengenai doa ini..sekurang2nya dengan berdoa di awal tahun dan akhir tahun lebih baik daripada kite mengikuti konsert atau 'countdown'. lebih baik kita berzikir, membaca al-quran dan berdoa semoga tahun yang akan datang akan lebih baik dr tahun yang sebelumnya. mungkin boleh ditambah doa2 sendiri..dan jagan terlalu susahkan sesuatu perkara kerana Islam itu agama yang mudah untuk kita ikuti. hanya anggapla ia sebagai doa biasa..kalau hari2 biasa kita ada doa2 harian.dan anggaplah ini sebagai doa tahunan..semga tuhan mengampuni dosa2 kite yang lepas dan semoga kita akan menjadi hambanya yang lebih baik..wallahu'allam..assalamualaikum.
    To Notme
    December 17, 2009   11:02 AM PST
     
    Whilst I agree that the sexy advertising above is inappropriate, I do however feel that the blogger is not aware of it and also deeming this page untrustworthy may in turn be deemed as overzealous on your part. Perhaps someone should alert the blogger. (I would if I know how to).

    Wassalaam.
    jij
    December 17, 2009   11:19 AM PST
     
    mitok izin tuk copy post ni tuk disebarkn pada yg len..
    Ahmed
    December 17, 2009   12:56 PM PST
     
    assalamualaikum,

    ana ada satu soalan....
    apakah hukumnya kepada seseorang pemimpin sekiranya tidak melaksanakan hukum allah secara menyeluruh(hudud)

    adakah ianya salah?
    amzi
    December 17, 2009   01:56 PM PST
     
    ah... doa aja dipermasalahkan.. gak usah lah..!!! buat apa sih..???

    jangan so` bener lah..

    hanya Allah yang tau itu semua

    kecuali kalo ente sholat menghadap gereja tuh.. baru namanya bidah dlolalah..

    paham gak.. makanya ngaji yang bener

    Name
    December 17, 2009   05:46 PM PST
     
    bab berdoa pun bidaahkah?..ish
    hadi
    December 18, 2009   02:26 PM PST
     
    Saya tertarik juga untuk memberi komen walau ilmu begitu cetek. Jika salah tlg perbetulkan.

    Bagi saya benda yg baik bolehla diikut samada doa atau pelbagai pendapat sekalipun, ianya bertujuankan hanya satu iaitu kerana allah s.w.t. Bagi saya berdoa adalah benda baik dan samada bidaah atau tidak itu saya serah kepada yg esa. Kalau tak buat pun tak berdosa.

    Perbezaan pendapat membuktikan kebesaran allah s.w.t dalam bab ilmu. Terasa seolah kerdilnya diri di hadapan allah swt.

    Mohon diberi petunjuk sekiranya salah mohon diperbetulkan.
    Ihsan UIA
    December 30, 2009   07:43 PM PST
     
    Setiap amalan yang berkaitan dengan ibadat mestilah bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.

    Syeikh Bakr Abu Zaid -rahimahullah- menyebut satu kaedah dalam amalan doa, iaitu: Setiap orang yang mengada-ngadakan sesuatu dalam urusan ibadah seperti doa dan zikir dalam bentuk yang ditetapkan dengan menganggap ia adalah satu sunnah, sedangkan ia bukan daripadanya, maka dia dihukum berdosa.
    el-azhari
    October 7, 2010   04:57 PM PDT
     
    ittaqillah ya akhi..
    hurmmm... persoalan yang banyak sebenar ulama sudah terangkan ..tetapi ada yang masih tak jelas... perkara simple sebenarnya

    penejelasan pertama da tersilap dalam menerangkannyaa..
    mana mungkin sumber ibadah di ambil dek kerana orang len da buat maka kite turutkan sahaja..sumber ibadah msty berlandaskan nass quran dan sunnah.. sehebat mana yang dikatakan ulama.. setebal mana serban,,, sebanyak mana phd jika ia tidak ada pimpinan alquran dan sunnah tiada gunanya..
    teringat kata2 imam malik "barang siapa yang membuat 1 urusan dalam agama maka dia telah mngatakan bahawa nabi SAW telah kianat dalam meyampaikan wahyu dari allah"

    Nys Zairee
    December 5, 2010   12:39 PM PST
     
    Huh.. tak masuk akal langsung baca doa itu perkara yg haram.. Walaupun takde termaktub dalam al-quran tapi tak salah melakukan sesuatu yang baek kan.. Doa tu sebagai cara kita memohon kepada Allah. salahkah memohon kepada Allah untuk kesejahteraan dan memohon keampunan akan dosa2? Abes tu sambutan tahun baru, hari merdeka dan hari2 yang tak dinyatakan dalam al-quran atau hadis pon bidaah @ haram gak la kan? renung2kan dan selamat beramal
    faizal
    December 6, 2010   07:07 AM PST
     
    Salam..inilah yg kite seme nk tau dr mana sumbernya?? ---> Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
    “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
    dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

    Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
    “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
    dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
    faizal
    December 6, 2010   07:10 AM PST
     
    sambutan tahun baru haram la bodoh..pasal wat perkara haram dlm sambutan tu
    Name
    December 6, 2010   08:32 AM PST
     
    Bila Abu Bakar mengumpulkan al-Quran dan membukukannya, Umar menetapkan solat terawih secara jamaah & usman menetapkan azan solat jumaat sebanyak dua kali, ia dilakukan bukan kerana mandat dari Rasulullah. Adakah hukum boleh ditetapkan hanya dgn diberi mandat?? Rasulullah sendiri mengikut petunjuk Allah dlm menetapkan hukum, bkn mandat dr Allah.
    Oleh itu, apa yg dilakukan olh khalifah2 tersebut adalah ijtihad terhadap suatu amalan yg tidak dilakukan olh Rasulullah. Knp mrk lakukan? Kerana amalan2 tersebut mempunyai dalil2 yg jelas wlupun tidak diajar & dilakukan olh rasulullah SAW.
    Ingat, takrif Sunnah adalah : Segala perkara yg datang daripada Rasulullah SAW dlm bentuk perkataan, perbuatan, dan taqrir (pengiktirafan).
    Sunnah bkn hanya apa yg Nabi SAW buat. Ttp juga apa yg Nabi SAW katakan, wlupun ia tidak pernah melakukannya.
    Wallhu A'lam bissowab.
    Name
    December 6, 2010   11:02 AM PST
     
    bongok...nama pun doa.
    @ permintaan.

    orang berdoa pun tau bukan nak ambil kesempatan hapus dosa sepanjang tahun.


    rere
    December 6, 2010   11:11 AM PST
     
    akhi.ukhti. .kita di sini bukan untuk berdebat. .

    lo menurut ana. . setiap orang memiliki cara masing2 untuk menuju pada cinta iLahi. dan mgkin doa akhir dan awal tahun adl doa yg dianggap baik untuk dibaca. .

    terlepas dr doa ini anjuran seorang ulama atau bukan. .
    yg mesti kita tau hanyalah jika doa itu memiliki makna yg baik kenapa tidak???
    Abdul Rani
    December 6, 2010   11:21 AM PST
     
    cukup senang ya membodoh kan orang .....
    Hj.Issnu
    December 6, 2010   12:13 PM PST
     
    Doa adalah sumsum ibadah. Kalau kita tidak berdoa rugilah kita. Allah sentiasa mendengar doa hambanya. Tak kira apa doa sekali pun. Asalkan tidak betul mengikut syarak. Jangan terpedaya oleh syaitan yang sentiasa menggoda manusia. Berdoalah. Tak salah kita berdoa. Doa akhir dan awal tahun adalah doa yang dituntut. Kita berhijjrahlah. Dari jahat menjadi baik. Dari tidak berdoa ke selalu berdoa.
    Hj.Issnu
    December 6, 2010   12:16 PM PST
     
    RALAT ......Doa adalah sumsum ibadah. Kalau kita tidak berdoa rugilah kita. Allah sentiasa mendengar doa hambanya. Tak kira apa doa sekali pun. Asalkan betul mengikut syarak. Jangan terpedaya oleh syaitan yang sentiasa menggoda manusia. Berdoalah. Tak salah kita berdoa. Doa akhir dan awal tahun adalah doa yang dituntut. Kita berhijjrahlah. Dari jahat menjadi baik. Dari tidak berdoa ke selalu berdoa
    furqon
    December 6, 2010   12:25 PM PST
     
    Hanya orang yg berpikiran sempit yang menilai membaca doa awal dan akhir tahun sebagai bid'ah yg sesat. Atw yg menganggap perayaan tahun baru, perayaan maulid, perayaan hari kemerdekaan, upacara bendera, sebagai bid'ah yg sesat
    hamba allah
    December 6, 2010   12:33 PM PST
     
    Tentang doa awal thn & akhir thn ni,bagi pendapat sy,kalu nk baca silakan,kalau x nk jgn baca. Sebaik2 doa biarlah yang ma'thur / warid daripada alquran dan sunnah...jgn pakai tuduh orang itu ini wahabi....lwn pakai hujah yang ilmiah...
    Lukman
    December 6, 2010   12:59 PM PST
     
    Saya berpendapat kenyataan Zulkifli adalah sangat baik,ia merupakan penelitian yang tidak setakat mengikuti sessuatu tradisi (meskipun baik) tanpa kajian dan pemerhatian yang mendalam.Benar kata al jofre tidak boleh menghina ulama silam,tapi ulama mana yang mana satu? sidang pembaca sejarah telah membuktikan bahawa ramai tokoh yang dulu dianggap alim dan alama tetapi rupanya mreka telah tersimpang,di malaysia hari ini ada seorang almi yang mempunyai ramai pengikut wal hal sudah terang2 kesesatanya.berbalik pada soal bid'ah atau pun tidak,pada pendapat saya,saya bersedia meninggalkan perkara yang baik yang tiada dalil dan nas dari nabi tetang amalan tersebut.asas fikih mengatakan 'tinggalkan was-was'
    where is <Name>?
    December 6, 2010   03:07 PM PST
     
    Sayang, pengarang enggan berdebat tentang ilmu, dan terus menghukum sesiapa yg berbalah dengannya..
    hamba allah
    December 6, 2010   09:18 PM PST
     
    salam..sy kurang faham dan ingin bertanya tentang surat2 atau mesej berantai yg smakin menjadi-jadi skrg.. sy xtahu nak ikut ke tak.. dan tertanya-tanya siapa yg mulakan benda neh?? maaf sya hanya bertya dan ingin tahu..
    Jaka Kenthir
    December 6, 2010   10:36 PM PST
     
    Kebenaran Haq Mutlak milik Allah SWT, Jangan Pernah Memaksakan Pendapat dan Kebenaran Terhadap Seseorang, Karena Mereka Mempunyai Frame dan Dasar pemahaman Masing2, Apakah Kita pernah mendapat kabar secara langsung dari malaikat jibril jika tobat yg dilakukan selama ini telah diampuni Allah?? Apakah Kita semua pernah mendapat kabar jika amalan yg kita lakukan selama ini diterima dan pasti masuk surga??

    Jangan2 semua amalan yg kita lakukan hingga detik ini bukan karena Allah; melainkan Syirik khafi yg timbul karena hausnya pengakuan2 manusia, rasa paling benar dan merasa unggul dari yang lainnya,,..

    Lalu dimana Allah yg qt puji??

    Allah maha pengasih, tapi mengapa kita sebagai hamba malah bersikap sombong, arogan dan mengkafir2kan saudara sendiri,..

    Coba lihatlah diri kita masing2, sebelum bertaubat dahulu, apa yg kita kerjakan? buktinya hingga detik ini Allah masih mengasihi kita dengan tidak membuka AIB2 yg pernah kita lakukan dimasa lalu,..

    Jikalau Allah menciptakan kita bukan sebagai seorang muslim dan malah tercipta sebagai penentang ajaran Rasul, apa pendapatmu?? semua bs saja terjadi atas kehendakNYA,..dan tiada hal yg mustahil bagi Allah..

    Mari kita sama2 bersyukur, nikmat iman & islam yang saat ini ada dalam diri kita bukanlah semata2 berasal dari diri kita pribadi; melainkan semua atas izin Allah SWT yg maha lembut dan membolak-balikkan hati.

    Yakinlah atas kebenaran yg kau pahami dan jalankan keyakinan itu dgn semaksimal mgkn. selalu bermuhasabah disetiap keadaan, dan hindari perdebatan karena tiada akan memberi manfaat.. kecuali nafsu yg menang sendiri dan mengarah pada banyak kemudhorotan,..

    Kita dihisab oleh Allah bukan dari group melainkan nafsi2..















    Lukman
    December 7, 2010   04:11 AM PST
     
    Benar kata Jaka Kenthir..
    Islam di bangunkan atas dasar kekuatan ummah bukan nafsi-nafsi.Inilah kerja Rasulullah bangunkan umah,bukan mendabik dada penuh ego dan kuasa.
    Perbezaan pendapat adalah rahmah,jika dikendalikan dengan penuh hikmah dan saling mendahagakan ilmu.Perbezaan pendapat juga akan berubah menjadi laknat,apabila ia dikendalikan dengan nafsu amarah,ingin menang dan keegoan.
    Perdebatan yang utama adalah untuk mencari kebenaran dan mengupas segala keraguan,sudah pasti untuk muzakarah tersebut memerlukan fakta,dalil dan hujah yang bernas.Disinilah ilmu itu kita kutip bersama,mereka yang mendengarnya juga bertambah ilmu dan bertambah kagum,bukan kagum dengan ahli panel,tetapi kagum dengan ilahi.Maha suci allah yang maha bijaksana lagi maha mengetahui.
    'sesungguhnya ilmu allah sangat luas,apabila didatangkan 7 lautan untuk menjadi tintanya maka akan habis tinta tersebut sebelum habis ilmu allah ditulis,meskipun didatangkan lagi 7 lautan untuk menjadi tintanya'
    Jaka Kenthir
    December 8, 2010   01:21 PM PST
     
    SUBHANALLAH...!! Astagfirullah,La Illaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minz zalmin...
    anwar
    December 16, 2010   11:56 AM PST
     
    mengharamkan yang halal juga bid'ah,
    ''ud 'uni astajib lakum (berdoalah niscaya Aku 'Allah' kabulkan untukmu''

    ''berdzikirlah dalam keadaan berdiri, duduk ataupun berbaring (dalam berbagai keadan)''--hadist--

    ''sebaik-baik amalan adalah yang dilakukan secara rutin (istiqomah) walaupun sedikit (baik tiap tahun, tiap bulan, tiap hari, tiap jam ataupun tiap detik) --hadist--
    an
    February 3, 2011   08:14 AM PST
     
    assalamualaikum warahmatullah kepada saudara saya muliakan saudara aljoofre..saya dah baca debat anda bersama saudara zulkiflee bin ali yang telah menunjukkan kelulusn beliau dalam bidang agama..
    saudara aljoofre: saya sangat bersetuju dengan hujah yang anda berikan berasas.dan logik akal kita sebagai hamba allah berdoa dimana2 adalah di haruskan sebagai mengingati pencipta kita.dan amalan doa awal tahun dengan akhir tahun ini sebenarnya harus digalakkan memandangkan maksud doa itu baik dan memohon keampunan dan taubat perbuatan kita sepanjang tahun..tidak ada yang salahnya...bukannnya maknanya bulan januari hingga disember itu kita tidak beribadat..kita wajib mendirikan apa yang diperinttah oleh ALLAh SWt.dan seperti yang saudara katakan tadi bahawa berdoa itu senjata orng islam.dalam berdoa kita kena berusaha..tahniah kepada saudara.
    sauadara zulkifle: biarpun saya cetek agama tetapi logik akalnya walaupun saya tidak menguatkan kata saya dengan nas dan dalil tetapi sesungguhnya lebih baik menyambut awal tahun dengan doa yang baik walaupun dalam bahasa kita (melayu) dan afdalnya bahasa al quran.kalau cara ini saudara menidakkan.adakah saudara setuju dengan saya jika saya mengatakan saudara lebih suka awal tahun dan akhir tahun di sambut dengan perarakan,bunga api,pesta yang akhirnya membawa kepada kemaksiatan.yang melalaikan kita dari mengingati yang maha esa.adakah pernah rasulullah menyuruh kita untuk menyambut maulud nabi?kita lakukan kerana kita mencintai nabi..kita berdoa kerana allah. di peringat di sini bahawa sijil yang saudara paparkan boleh dibeli.tapi ilmu tiada siapa dapat membelinya mahupun mencurinya.wallahualam..
    burhan
    October 31, 2013   04:31 PM PDT
     
    Klau sukanya membid'ahkan org islam atau menyesatkan mereka ini satu kesalahan yg perlu di tinggalkan
    Yasinan bidah,maulid bid'ah,doa awal t akhir tahun bidah jg...
    Trus umat ini masuk neraka semua donk...
    Coba yg kamu urus itu org yg tdk shalat, tidak amal.
    dia
    November 4, 2013   09:58 AM PST
     
    apa yang banyak protes ni, tinggalkan yg jahat buatlah yg baik,kita semuakan hak allah.doalah..allah maha mendengar
    Name
    November 4, 2013   11:42 AM PST
     
    assalamu'alaikun
    ini kan do'a,,sebagaimana do'a2 yg lain...apakah berdo'a itu di larang oleh islam?
    jwabanya pasti tidak,,,jdi boleh . karena dalam al-quran tidak ada larangn untuk berdo'a
    WAHYU
    November 4, 2013   11:47 AM PST
     
    assalamualaikum warahmatullah
    ini kan do'a,sebagaimana sprti do'a Yg lain...apakah berdo'a itu dilarang oleh Allah??
    kita sbagai hamba Allah malah harus memohon kepadaNYA,bukan yg lain
    jadi boleh
    Akhi Raja Chik
    November 4, 2013   12:10 PM PST
     
    Kalau Nabi dan Sahabat tak buat (tiada nas atau dalil yang sahih), apa cacat ke agama kita jika kita juga tak buat?

    ATAU

    Kita jadi lebih baik ke dari mereka jika kita lakukan?
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry

    Google
     
    Web Aljoofre Meredah Usia

    Aljoofre Meredah Usia..

    Tiada hak cipta terpelihara. Sebarang unsur peniruan, pengedaran dan penerbitan dari web ini adalah dibenarkan untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Allah s.w.t. sahajalah yang akan memberi ganjaran dan melindunginya.