Ahlan Wasahlan Wamarhaban
 Syed Abdul Kadir Aljoofre, Kuala Lumpur - Selangor - Singapura - Madinah Al-Munawwarah - Perlis - Kedah - Tanta - Kaherah.
 Banyakkanlah berselawat ke atas kekasih kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi Waalihi Wasallam..
Sila jaga tatatertib Syariah dalam tagboard di bawah. Ulasan bagi sesuatu topik dialu-alukan dikemukakan di bahagian ulasan topik tersebut, dan bukan di bahagian tagboard. Jazakumullah
|
|
Wednesday, February 09, 2005
Doa Akhir dan Awal Tahun - Haramkah membacanya (Bhgn 2)
Sila baca entry sebelum ini sebelum meneruskan pembacaan ke bahagian ke-2. Rasa terlalu panjang pula perbincangan ini sedangkan niat asal menerangkan secara ringkas je. takpelah kan, yang penting sama-sama kita kongsi faedah.
Perbincangan hujjah pendapat yang kedua. Apakah asas-asas yang diiktiraf dalam menentukan hukum dan adakah doa ini tiada asasnya langsung dalam agama? Para ulamak telah berselisih dalam perkara ini, namun mereka sepakat menentukan bahawa Al-Quran, Assunnah, Ijma' dan Qias secara umumnya adalah asas dalam menentukan hukum. (kecuali beberapa ulamak zahiri dan syiah yang menolak terus qias). Mereka pula hanya menganggap Al-Quran dan Assunnah dan ijtihad para mujtahidin berdasarkan dua sumber ini merupakan asas. Walaubagaimanapun kedua-dua masalah ini tidakla jauh bezanya jika difahami dengan betul. Jadi persoalan sekarang adakah di sana asas bagi doa ini dibaca?
Secara ringkasnya asas bagi berdoa secara umumnya adalah ayat-ayat Alquran dan Assunnah yang terlalu banyak menerangkan perintah berdoa tak kira masa dan tempat. Perintah2 ini tidak boleh kita khususkan kepada doa yang warid dalam alquran dan sunnah semata-mata, kerana ia dikira sebagai mengkhususkan sesuatu yg umum tanpa pengkhususnya. Selain itu warid dari Hadis2 dan asar para solihin keharusan berdoa selain dari yg warid mengikut keperluan kita asalkan tidak bercanggah dengan syarak.
Asas seterusnya dalam berdoa ini adalah berdasarkan maslahah (yang juga sumber perundangan hukum islam). Maslahah yang rajihah (yang boleh diguna pakai) dalam perkara ini ditentukan oleh para ulamak terdahulu bukan menurut pemikiran kita semata. Maslahah ini lebih jelas di zaman kita yang mana ramai di kalangan masyarakat kita sudah jauh dari ajaran Islam dan tidak reti berdoa lagi. Malah di tahun baru ini pun mereka tanpa segan silu membuat kemaksiatan. Bukankah molek jika kita menyeru mereka berdoa di waktu begini?
Jadi apabila ada asas-asas yang disebutkan maka kita tidak boleh menyebut amalan berdoa ini sebagai satu perkara bid'ah yang sesat. Malah boleh kita masukkannya di dalam bid'ah hasanah yang disebutkan oleh Imam Syafie.
Mereka juga menyatakan bahawa sesutu ibadat seperti zikir dan doa itu perlu menyamai Rasulullah dari sudut bilangan, masa, hari dan tempat. Sesuatu yang bercanggah dengan salah satu darinya adalah haram. Kita pula menjawab, di manakah dalil kepada penyataan ini? Ulamak terdahulu tidak pernah membuat kaedah sebegini. kaedah yang ada adalah, ibadat tidak menyalahi dari apa yang Rasulullah tunjukkan. Jangan Rasulullah bersolat subuh 2 rakaat kita bersolat 3 rakaat, kerana nak pahala lebih. Itu yang salah. Adapun berdoa dan berzikir di waktu yang tidak warid Rasulullah berzikir pada waktu tersebut adalah tidak diharamkan. Kerana Rasulullah sendiri sentiasa berzikir dan berdoa. Selain itu perintah berzikir berdoa tidak pernah mengkhususkan masa dan tempat. Tiada salahnya jika kita hanya mengaji Al-Quran selepas maghrib setiap hari dan memerintahkan pula anak-anak kita berbuat sedemikian, walaupun tidak warid dalam hadis Rasulullah ada mengkhusukan begitu. Itu kita sepakat bukan. Jadi mengapa kita mengkhususkan pula sebelum maghrib akhir zulhijjah untuk berdoa dikira sebagai sesuatu perbuatan yang haram?
Hujjah mereka seterusnya adalah kebaikan sesuatu perkara adalah berdasarkan al-Quran dan As-sunnah. Maka kita katakan bahawa kebaikan berdoa ini juga adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah yang menyuruh kita berdoa tanpa mengira waktu dan tidak pernah pula melarang kita berdoa di waktu2 tertentu. Maka kita simpulkan bahawa berdoa awal dan akhir tahun ini merupakan perkara yang baik menurut syara'. Bid'ah mustahabbah kata Imam Nawawi.
Kesimpulan: Doa di awal dan akhir tahun merupakan sesuatu perkara yang baik dan harus dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat, namun ia bukanlah perkara yang wajib. Anda hendak berdoa, berdoalah di setiap waktu dan ketika. Setiap waktu dan ketika itu termasuk juga padanya doa di awal dan akhir tahun. Berdoalah semoga dosa kita di tahun yg lalu diampunkan dan amalan kita diterima. Jua berdoalah moga di tahun baru ini kita dibantu melawan syaitan, nafsu yang menyeru kejahatan serta dibantu melakukan amal ibadat sebanyak mungkin.
Wallahu A'lam
Wasallallahu 'Ala Saiyidina Muhammad Wa'ala Alihi Wasohbihi Ajma'in, Walhamdulillahi Rabbil 'Alamin
Posted at 01:09 pm by aljoofre
 |  |  | KAMIL January 31, 2006 12:40 PM PST
ASSALAMUALAIKUM ... |  |
  |  |  | MohdNasir AlMadani AshSyafie October 5, 2006 02:32 AM PDT
Tak habis2 dengan perkara remeh temeh ini. Bagi saya siapa nak baca terpulanglah dan sesiapa yang tak mahu baca terpulanglah. Saya tak suka menuduh orang melakukah bid`ah dhalalah. Walaubagaimana pun saya tak mahu baca doa awal dan akhir tahun kerana tidak bersumberkan dari amalan Nabi SAW. Wallaahu `aa`lam |  |
  |  |  | Aljoofre October 9, 2006 07:14 AM PDT
Akhi Nasir, ana setuju, siapa nak baca bacalah jangan salahkan orang yang tak baca kerana ia bukan satu kewajipan, dan siapa taknak baca jangan pula bid'ahkan orang yang membaca.
Namun kata2 "ia tidak bersumberkan amalan Nabi maka aku tak buat" inilah yang menyebabkan pihak2 tertentu mengatakannya bid'ah dholalah, lantas melakukan kekeliruan pada masyarakat.
Oleh itu jika saudara tidak mahu melakukannya, cukuplah saudara berdiam diri dan tidak perlu membuat apa2 ta'liq atau komen. Itu lebih selamat bagi kemaslahatan bersama.
Wallahu A'lam |  |
  |  |  | Ibn Uwais January 19, 2007 10:55 AM PST
En Nasir, kalau nak solat jgn tanya pukul berapa..ini ikut barat. Kalau nak makan jangan duduk atas kerusi dekat meja..itu pun budaya matsaleh. Sesudah azan pertama untuk jumaat, lalu bersolat sunat jika dah lama duduk ini bid'ah paling nyata...Nabi tak pernah buat. Sesudah solat maghrib di mussolah, jika terus solat sunat disana, ante ikut siapa?..sebab nabi bersolat sunat maghrib dirumahnya. Baring lah seketika setelah solat sunat subuh kerana itu ada sunah dan sunat, tetapi jangan dilakukan di mussolah, lakukan dirumah kemudian barulah ke mussolah utk subuh...ini yang dilakukan Nabi. Harap-harap kita tidak ada melakukan sesuatu yang tidak bersumberkan dari amalan Nabi SAW. |  |
  |  |  | aljoofre January 23, 2007 12:57 PM PST
Akh Ibn Uwais, kalau makan pun takleh di meja, makan kenderaan sekarang pun kita tak boleh naik, dan sembahyang juga tak boleh di atas Sejadah. Oh satu lagi, azan jangan gunakan pembesar suara ya, itu bid'ah yang paling kuat dilaungkan tu. ;-) hehe... |  |
  |  |  | Aji Ridwan July 3, 2007 09:35 AM PDT
assalamu'alaikum Ya Syed ana mau tanya, antum da blog khusus ga? klo da ana pengen tau, ana pengen konsultasi khusus. wassalam |  |
  |  |  | Aljoofre July 12, 2007 05:22 PM PDT
Aji ridwan, waalaikumussalam... apa maksud entum ya? inilah blog khusus ana. Kalau perlu menguhubungi ana boleh tekan di butang contact me, di sebalah bawah kiri blog ini. |  |
  |  |  | Aji Ridwan July 15, 2007 01:51 PM PDT
Ya udah syed Terima kasih, salam dari Habib Abdullah bin Hasan bin Muhammad bin Thohir Al Hadad |  |
  |  |  | metyan December 2, 2009 05:14 AM PST
he.. he.. he.. kahwin pun kena lah kahwin 4 kan barulah ikut rasullulah. Hanya orang yg sombong dengan Allah S.W.T sahaja yg tidak berdoa.
sedangkan berdoa selepas solat pun diaorang cakap bidaah, inikan pulak doa awal & akhir tahun..lagilah. patutlah dunia sekarang banyak bala yg menimpa.. dah banyak orang yg sombong taknak berdoa..bodoh...soriiii.. |  |
  |  |  | jim December 17, 2009 09:00 AM PST
salam..saya setuju dengan metyan.. hanya orang yang sombong dan bongkak sahaja yang tidak mahu berdoa..kerana mrk merasakan bahawa doa tidak perlu.. tidak perlu kepada pertolongan Allah...ingatla..dari Dia kita datang kepadaNya kita akan kembali... |  |
  |  |  | Abdul Rani December 6, 2010 11:35 AM PST
aduh ... coba lah kurangkan penggunaan diskripsi 'bodoh' kalau boleh jgn menyerang pihak yg satu lagi dengannya sbb mereka juga tentu men'doakan' hal yang sama.
wallahualam. |  |
  |  |  | hamba allah December 6, 2010 01:56 PM PST
anda semua makhluk Allah yang comel ^_^ |  |
|
|
|