Hari raya mingguan. Penghulu segala hari. Hari teragung dalam seminggu. Hari yang antara keduanya menjadi penghapus dosa. Hari padanya ada detik mustajab doa. Hari yang mengandungi pelbagai keistimewaan.
Solat yang diwajibkan bersama-sama solat lain di malam Isra' dan Mikraj namun dikerjakan oleh para sahabat di Madinah terlebih dahulu dari Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang masih berada di Makkah. Himpunan mingguan buat mengecas semula bateri keimanan kita. Penyatuan fizikal juga rohani Muslimin.
Tengahari Jumaat kita dapat menyaksikan masjid dipenuhi manusia. Yang tidak bersembahyang tetap di hari lain juga pergi menunaikan solat. Samaada miskin kaya, pemerintah mahupun rakyat, alim mahupun jahil semuanya memenuhi masjid. Hatta kadang kala ada non-Muslim yang menyangka solat kita hanya sekali seminggu (seperti mereka).
Maka lumrahnya tentu sekali pelbagai kesilapan yang kita dapat saksikan pada hari tersebut. Sebagai Muslim, kita perlu senantiasa cuba mempertingkatkan kualiti ibadah kita dengan belajar dan memperbetulkan kesilapan kita, bukan hanya "copy and paste" sahaja daripada perbuatan orang lain. Jom kita sama-sama ingat memperingati di sini apa yang kita boleh lakukan untuk mempertingkatkan kualiti solat Jumaat masyarakat kita.
1) Bersegera ke Masjid. Ramai di kalangan kita yang sengaja berlengah dan ada yang menunggu sehingga Imam hampir turun dari mimbar baru bersegera ke masjid. Tidakkah kita tahu malaikat yang mencatit amalan akan berhenti mencatit apabila imam telah naik ke Mimbar?
2) Memperbanyak selawat dan doa dan memanjangkan iktikaf, bukan memperbanyakkan makan pisang. Ramai yang apabila tiba awal di masjid bukan bersegera masuk ke masjid untuk beriktikaf, tetapi berhenti di bangsal untuk menikmati pisang dan jamuan terlebih dahulu.
3) Menyambut "amin" kepada doa Imam ketika menyebut di akhir khutbah pertama "barakallahu li walakum bil quranil azim, wanafa'ani waiiyakum bima fihi...."
4) Selawat (di sesetengah masjid) di antara dua khutbah baik digantikan dengan setiap jemaah berdoa secara sendirian. Mungkin terkena saat mustajab di waktu tersebut.
5) Berselawat selepas imam mebaca ayat "Innallaha wamalaikatahu yusolluna 'alannabi..." serta setiap kali imam menyebut nama nabi di kedua-dua khutbah. Lebih baik diangkat sedikit suara ketika berselawat untuk mengingatkan rakan bersebelahan kita agar berselawat sama.
6) Solat sunnah ba'diah (selepas Jumaat) lebih dituntut dilakukan daripada solat sunnah sebelumnya. Usah terus angkat punggung balik ke pejabat atau rumah. Luangkan sedikit masa untuk berzikir selepas solat dan bersolat dua rakaat terlebih dahulu. Ataupun jikapun ingin pulang ke rumah, laksanakan solat sunnah tersebut di rumah (lebih afdhal solat sunnah dikerjakan di rumah daripada masjid).
Sama-sama kita mempertingkatkan kualiti ibadah kita. Sila berikan pendapat dan input kalian di ruang ulasan di bawah ya. Semoga Allah menunjukkan dan mempermudahkan kita melalui jalan yang diredhai-Nya. Amiin
Posted at 01:07 pm by aljoofre
 |  |  |
Anonymous January 25, 2007 06:24 AM PST
terima kasih bebanyak atas peringatan ust.
nak tambah. saya tengok ramai yang tido time solat jumaat, ada ke patut seminggu sekali pun susah sangat nak dengar tazkirah.hihi
|
 |

 |  |  |
Zain January 26, 2007 07:58 PM PST
Itulah masalahnya -
Zaman Nabi khutbah pendek, sembahyang panjang & dalam khutbah bercerita pasal akhirat. Cukuplah dunia satu minggu.
Kita bercerita pasal politik & cara khatib baca macam tazkirah.. Khutbah mesti bersemangat jadi orang tak tidur.. |
 |

 |  |  |
Name Lukman January 27, 2007 02:57 AM PST
Sukron Ya Habibana Aljoofre
Saya mau tanya sedikit mengenai shalat ba'da jumat, berapa kalangan ada yang shalat Dzuhur kembali setelah ia shalat Jumat terutama saya lihat dikantoran.
pertanyaan bagaimana yang diajarkan para ulama kita?.
bisakah antum posting perihal bab shalat jum'at dari yang wajib dan yang sunah mengikuti ulama kita.
wasalam
Lukman |
 |

 |  |  |
Aljoofre January 27, 2007 04:33 AM PST
Zaman Nabi dan sahabat khutbah pendek dan solat panjang tapi dgn "real" khutbah, bukan dgn "bacaan" khutbah sekarang.
Sunnah Solat Zohor selepas Solat Jumaat diajar dalam Mazhab Syafie bagi satu tempat yang mempunyai lebih dari satu Solat Jumaat, dan tidak diketahui mana yang terlebih dahulu, sebagai langkah berjaga-jaga. Ini kerana menurut pensyariatan asalnya, hanya satu solat Jumaat sahaja dilaksanakan di dalam satu tempat.
Posting perihal solat Jumaat secara detail agak panjang juga, nanti ana cuba usahakan ya. Jazakumullahu khairal jaza' |
 |

 |  |  |
Azma January 29, 2007 08:18 AM PST
Assalamu'alaikum
Ustaz, minta penjelasan sentence ni:
"Selawat (di sesetengah masjid) di antara dua khutbah baik digantikan dengan setiap jemaah berdoa secara sendirian. Mungkin terkena saat mustajab di waktu tersebut."
Mungkin saya tak berapa jelas maksudnya, sebab saya baru beberapa kali saja pergi solat jumaat.
Terima kasih |
 |

 |  |  |
Aljoofre February 4, 2007 09:21 AM PST
Ada sesetengah masjid, tok bilal akan membaca selawat ketika imam duduk antara dua khutbah. Lebih molek kalau tok bilal tu berdiam diri, dan membiarkan kesemua jemaah berdoa dgn doa masing2. Atau kalau pun tidak, berdoalah dan biar jemaah mengaminkan.
Wallahu A'lam |
 |

 |  |  |
amin November 4, 2010 07:09 PM PDT
ustaz... bole saya tahu... bilakah pensyariatan solat jumaat,,dalam sejarah islam.... |
 |

 |  |  |
zalina May 30, 2011 05:44 AM PDT
assalamualaikum..
saya nak tanya bagaimanakah solat jumaat sebelum ayat 9-11 surah al-jumuah diturunkan..... |
 |