Sebenarnya ana sudah lama menjadi pembaca kepada pelbagai blog. Niat di hati sekadar ingin menambah pengalaman dari perjalanan hidup insan lain. Namun setelah semakin banyak blog dibaca, baru menyedari semakin luas ruang cakup bagi blog-blog yang ada. Setiap penulis ada identiti tersendiri. Setiap blog ada konsep tersendiri. Namun, kita boleh membahagikannya kepada dua kelompok besar.
1) Blog berbentuk personal. Mengisahkan perjalanan hidup harian secara santai sambil mengambil pengajaran dari apa yang berlaku serta mencatat komen ringkas padanya. Setiap signifikan yang berlaku dalam kehidupan harian dicatat. Seakan-akan sebuah diari, tetapi dibaca awam dan dipetik pengajaran. Kalau pun ada kupasan satu-satu isu, biasanya "dicopy n paste" dari laman lain atau penulisan orang lain. Sebenarnya ini merupakan tujuan dan makna asal jurnal. Contohnya, blog
Syam Almaad
2) Blog yang impersonal. Lebih menumpukan kepada topik2 yg ingin dibicarakan. Terlalu jarang menyentuh hal peribadi. Mereka yang minat bidang sains akan meulis berkenaan sains saja. Ada yang lebih tertumpu kepada politik. Ada yang menjadikan blog sebagai penyalur fikirannya dalam beragama. Ada yang berbentuk kesufian seperti blog
Thoughts & Readings, ada yang berbentuk liberalnya, ada pula yang berbentuk
mustaslifnya. Setiap topik dikupas dan diulas, tambahan pula jika ada isu terkini.
Samaada berbentuk personal mahupun impersonal, kedua-duanya ada kelebihannya dan ada manfaat yang boleh dipetik. Sebaliknya juga, jika digunakan untuk tujuan yang salah, maka kedua-dua bentuk boleh membawa keburukan.
Di celah jutaan blog yang ada, ada pula blog yang menggabungkan kedua-dua jenis ini. Contohnya blog
Akhi Masrawi yang sering mengupas isu sastera dan agama, tetapi dalam masa yang sama juga berbentuk personal. Banyak lagi blog sebegini sebenarnya. Ana sebutkan blog Akhi Masrawi kerana blog inilah yang memperkenalkan ana pada alam jurnal maya ini. Jazakallah..
Jadi, bagaimana pula identiti blog Aljoofre Meredah Usia ini ya? Seperti yang ana sebut, tujuan ana menulis adalah menyontohi para ulama' terdahulu yang mencatat perjalanan hidup mereka sendiri, agar menjadi pengajaran buat semua. Identitinya pun begitulah. Tentulah ana tidak sehebat mereka. Tetapi bukankah menyontohi mereka juga satu kemuliaan? Tambahan pula, alam jurnal maya ini dilihat mampu menjadi satu saluran dakwah kontemporari. Melihat kepada realiti hari ini, di mana banyak ajaran yang salah disalurkan menerusi kecanggihan IT, tentu sekali kita memerlukan wadah-wadah untuk menangani permasalahan ini. Ana lihat ramai yang terpengaruh dengan dakyah melalui IT samaada di kalangan musuh Islam, mahupun di kalangan umat Islam yang cuba menyebarkan fahaman mereka yang salah. Kita memerlukan ramai tenaga untuk menjawab persoalan-persoalan ini. Tahniah buat yang telah bermula sekian lama dalam berdakwah menerusi penulisan di alam maya ini.
Sekali lagi jadi persoalan, bagaimana identitinya kalau begitu? haha.. jawapannya sama-sama kita tunggu.. :) Sabar ya..
Aljoofre : Terima kasih kepada pelawat yang berkunjung. Salam Ukhuwah. Ada tips yang berguna untuk blog ini, kongsi2lah ya.. Maklumlah, ana baru bartatih.. :)
Posted at 08:40 am by aljoofre