Ahlan Wasahlan Wamarhaban

Syed Abdul Kadir Aljoofre,

Kuala Lumpur - Selangor - Singapura - Madinah Al-Munawwarah - Perlis - Kedah - Tanta - Kaherah.

Banyakkanlah berselawat ke atas kekasih kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi Waalihi Wasallam..


Sila jaga tatatertib Syariah dalam tagboard di bawah. Ulasan bagi sesuatu topik dialu-alukan dikemukakan di bahagian ulasan topik tersebut, dan bukan di bahagian tagboard. Jazakumullah
   

<< March 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

Sila klik di tarikh-tarikh di atas untuk melihat entry untuk hari tersebut.. Sila klik juga di bulan-bulan sebelum ini. Digalakkan juga mula membaca dari posting awal (1 Februari 2005) mengikut turutan. Di bawah ini pula sebahagian entry yang menjadi "hits" disusun mengikut tarikh


  • Catitan Pertama

  • Kasih Si Anak Kecil

  • Doa Akhir dan Awal Tahun - Haramkah Membacanya? (Bhgn. 1/2)

  • Meramal Hari Qiamat?

  • Tasua'

  • Cikgu Oh Cikgu!

  • Tuntutan Mencari Ilmu

  • Sabar (Bhgn. 1/2)

  • Sembelih Vs Zalim

  • Force Of Nature.. Konsert Amal

  • Kat sana, kat sini..

  • Siti Oh Siti!

  • Sambutan Maulid Nabi (Bhgn. 1/20)

  • Salam Dari Kota Singa

  • Saman Sambut Maulid

  • Qataluki Ya Iraq!

  • Maulid Melayu

  • Selawat, Bid'ah vs Pendidikan

  • Menghina Islam

  • As-Sayyid Muhammad Al-Maliki (Bhgn. 1/4)

  • Petir

  • Persoalan Membasuh atau Menyapu Kaki Ketika Wudhu' (1/2)

  • Nasihat Tak Wajib Dilaksanakan?

  • Tidak Ikhtilat Lebih Cemerlang

  • Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

  • Istiqamah

  • Korban Bom

  • Dakwah Umum Dan Khusus (Bhgn. 1/2)

  • Aminah Wadud dan Bid'ah Hasanah - Satu Manipulasi Kotor

  • Judi - Pak Lebai dan Datuk Datin

  • Astora Dan Pembaca

  • Ekstrimiskah Mereka?

  • AP Hadhari

  • Permulaan Hidayah

  • Da'ie dan Da'iah

  • Niat Menuntut Ilmu

  • Eulogy (1)

  • Eulogy (2)

  • Surat Imam Abdullah Alhaddad (1/2)

  • Nisfu Sya'ban Datang Lagi

  • Waktu-waktu Penting

  • Puasa dan Raya - Malaysia Vs Mesir

  • Maulid Condi Rice di Arab Saudi

  • Sucikah Kita?

  • Wahhabi Oh Wahhabi

  • Pengenalan Ringkas Mazhab Syafie (1/5)

  • Pening juga tak mau bermazhab ya?

  • Doa Akhir dan Awal Tahun

  • Solat Jumaat - Sedikit Koreksi

  • Cemburu

  • Tiga Golongan

  • Futur

  • Bulan Istighfar

  • Al-Habib Abdullah Assyatri

  • Pemberian Tidak Setara Antara Anak-anak


    Sesungguhnya Ulama' itu adalah waris para Nabi

    Pautan ke para da'ie dan ulamak:

  • Habib Omar Benhafidz

  • Habib Ali Aljufri

  • Dr Mohd Saied Ramadhan Albouti

  • Dr Wahbah Azzuhayli

  • As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Rahimahullah)


    Pro-Tajdid Segar


    Pengunjung Sejak 1 Februari 2005:

    Isi Buku Tamu 

     

    YM Aljoofre




    Klik di Iklan di bawah (Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran)


    Klik butang "Contact Me" di bawah untuk menghantar email kepada ana

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Tuesday, March 22, 2005
    Bahagian 1

    Sejak sekian lama isu sambutan memperingati kelahiran Junjungan Besar kita Muhammad Sallallahu 'Alahi Wasallam dipersoalkan. Tidak pernah setahun berlalu tanpa isu ini diheboh-hebohkan dan dibesar-besarkan oleh segelintir pihak yang tidak senang dengan sambutan yang menyalahi pendirian mereka ini. Namun demikian Alhamdulillah sejak kebelakangan ini, suara-suara ini sudah sedikit kurang kedengaran. Malah ada di kalangan mereka yang sebelum ini begitu bersemangat membid'ahkan dan megharamkan sambutan ini sudah menarik balik kata-kata mereka.

    Walaupun demikian kita masih mendengar isu ini - yang dianggap sebagai isu yang besar di kalangan mereka yang ekstrim (hadahumullah) - berkumandang dan diulang-ulang. Mereka menganggap bahawa sambutan seperti ini adalah sambutan munkar yang dipenuhi dengan aktiviti munkar dan khurafat. Mereka juga mendakwa bahawa sambutan ini dianggap seperti mencipta satu 'hari raya' yang ketiga selepas aidul fitri dan aidul adha.

    Apa yang perlu dijelaskan di sini bahawa kita tidak pernah menganggap hari kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam ini sebagai hari raya, malah ia lebih mulia dan agung darinya. Ini kerana hari raya hanya berulang setahun sekali sahaja, sedangkan menyambut kelahiran Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan berusaha memperingati Baginda serta sejarah Baginda wajib dilakukan secara berterusan dan tidak tertakluk kepada tempat dan masa.

    Sesiapa yang meletakkan sambutan ini sebagai hari raya adalah orang yang jahil dan ia tidak terjadi melainkan daripada orang awam yang juga tidak memaksudkan dengannya sebagai hari raya syar'ie (aidulfitr dan aidul adha) tetapi hanya kerana adat mereka menamakan apa-apa yang menggembirakan sebagai satu perayaan.

    Sebelum kita menyebutkan dalil-dalil pada keharusan sambutan memperingati kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam ini, biarlah kita menerangkan beberapa masalah asas atau kefahaman tentang sambutan ini.

    1) Kita menyambut kelahiran Saiyidina Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam kekal sentiasa pada setiap waktu, pada setiap peristiwa dan pada setiap peluang yang ada padanya kegembiraan atau aktiviti. Seterusnya kita tambahkan pula perkara-perkara ini pada bulan kelahiran Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam (Rabiul Awal) dan pada hari kelahirannya (Isnin).

    Dan tidak selayaknya bagi seorang yang berakal bertanya pula mengapa kita menyambutnya. Kerana seolah-olah dia bertanya mengapa kita bergembira dengan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Dan juga seolah-olah dia bertanya mengapa kamu mendapat kegembiraan dengan kehadiran Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Maka soalan ini tidak sepatutnya terbit dari sesorang yang bersaksikan Lailaha Illallah Wa Anna Muhammadan Rasulullah. Malah ianya soalan beku yang tidak perlukan jawapan tetapi bolehlah kita jawab juga dengan kata-kata : Aku menyambutnya kerana aku gembira dan suka dengan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, dan aku menyintai baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam kerana aku beriman dengan Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

    2) Kita maksudkan dengan sambutan ini adalah dengan cara berkumpul untuk mendengar sirah Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam, mendengar puji-pujian yang berhak ke atas baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam, memberi makanan, memuliakan orang faqir dan yang memerlukan serta menggembirakan hati orang yang kita kasihi.

    3) Kita tidak sekali-kali mengatakan sambutan tersebut perlu dilakukan hanya pada malam-malam tertentu, atau cara-cara yang kita lakukan adalah dari apa yang dinaskan padanya secara jelas seperti solat dan puasa dan lain-lain. Tetapi tiada apa tegahan atasnya kerana perhimpunan untuk mengingati Allah, berselawat kepada Rasulillah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan apa-apa amalan-amalan baik sepertinya memang patut kita usahakan setiap kali kita berpeluang. Malah ia patut dilakukan lebih-lebih lagi pada bulan kelahiran-Nya kerana perkara yang mendorong kepadanya lebih kuat lagi untuk menjemput masyarakat dan mengumpulkan mereka.

    4) Sesungguhnya perhimpunan-perhimpunan ini merupakan metod terbaik dalam dakwah kepada Allah. Ia merupakan peluang keemasan yang tidak patut dibiarkan begitu sahaja. Malah menjadi satu kewajipan atas para pendakwah dan ulamak untuk mengingatkan ummah ini berkenaan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam dengan akhlak, adab, segala keadaan, sirah, muamalat dan ibadat baginda. Selain itu mereka perlu menasihatkan masyarakat dan membimbing mereka ke arah kebaikan dan kejayaan dan mencegah mereka dari perkara yang membawa bala', bid'ah, kejahatan dan fitnah.

    Kita sentiasa menyeru pada perhimpunan-perhimpunan kita dalam menyambut sambutan ini bahawa tujuan kita menyambutnya adalah dengan tujuan-tujuan tersebut. Sesiapa yang tidak mendapat faedah untuk agamanya dari sambutan tersebut, sebenarnya dia telah ternafi dari kebaikan-kebaikan maulid Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang mulia.

    (Bersambung)

    Selepas ini : Sejarah sambutan Maulid Nabi (Sila klik butang "Next Entry" di bawah untuk bahagian-bahagian seterusnya)

    Posted at 12:35 pm by aljoofre

    thea_cakepH
    April 13, 2006   05:33 AM PDT
     
    heheheeee..
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry

    Google
     
    Web Aljoofre Meredah Usia

    Aljoofre Meredah Usia..

    Tiada hak cipta terpelihara. Sebarang unsur peniruan, pengedaran dan penerbitan dari web ini adalah dibenarkan untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Allah s.w.t. sahajalah yang akan memberi ganjaran dan melindunginya.