Ahlan Wasahlan Wamarhaban

Syed Abdul Kadir Aljoofre,

Kuala Lumpur - Selangor - Singapura - Madinah Al-Munawwarah - Perlis - Kedah - Tanta - Kaherah.

Banyakkanlah berselawat ke atas kekasih kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi Waalihi Wasallam..


Sila jaga tatatertib Syariah dalam tagboard di bawah. Ulasan bagi sesuatu topik dialu-alukan dikemukakan di bahagian ulasan topik tersebut, dan bukan di bahagian tagboard. Jazakumullah
   

<< March 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

Sila klik di tarikh-tarikh di atas untuk melihat entry untuk hari tersebut.. Sila klik juga di bulan-bulan sebelum ini. Digalakkan juga mula membaca dari posting awal (1 Februari 2005) mengikut turutan. Di bawah ini pula sebahagian entry yang menjadi "hits" disusun mengikut tarikh


  • Catitan Pertama

  • Kasih Si Anak Kecil

  • Doa Akhir dan Awal Tahun - Haramkah Membacanya? (Bhgn. 1/2)

  • Meramal Hari Qiamat?

  • Tasua'

  • Cikgu Oh Cikgu!

  • Tuntutan Mencari Ilmu

  • Sabar (Bhgn. 1/2)

  • Sembelih Vs Zalim

  • Force Of Nature.. Konsert Amal

  • Kat sana, kat sini..

  • Siti Oh Siti!

  • Sambutan Maulid Nabi (Bhgn. 1/20)

  • Salam Dari Kota Singa

  • Saman Sambut Maulid

  • Qataluki Ya Iraq!

  • Maulid Melayu

  • Selawat, Bid'ah vs Pendidikan

  • Menghina Islam

  • As-Sayyid Muhammad Al-Maliki (Bhgn. 1/4)

  • Petir

  • Persoalan Membasuh atau Menyapu Kaki Ketika Wudhu' (1/2)

  • Nasihat Tak Wajib Dilaksanakan?

  • Tidak Ikhtilat Lebih Cemerlang

  • Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

  • Istiqamah

  • Korban Bom

  • Dakwah Umum Dan Khusus (Bhgn. 1/2)

  • Aminah Wadud dan Bid'ah Hasanah - Satu Manipulasi Kotor

  • Judi - Pak Lebai dan Datuk Datin

  • Astora Dan Pembaca

  • Ekstrimiskah Mereka?

  • AP Hadhari

  • Permulaan Hidayah

  • Da'ie dan Da'iah

  • Niat Menuntut Ilmu

  • Eulogy (1)

  • Eulogy (2)

  • Surat Imam Abdullah Alhaddad (1/2)

  • Nisfu Sya'ban Datang Lagi

  • Waktu-waktu Penting

  • Puasa dan Raya - Malaysia Vs Mesir

  • Maulid Condi Rice di Arab Saudi

  • Sucikah Kita?

  • Wahhabi Oh Wahhabi

  • Pengenalan Ringkas Mazhab Syafie (1/5)

  • Pening juga tak mau bermazhab ya?

  • Doa Akhir dan Awal Tahun

  • Solat Jumaat - Sedikit Koreksi

  • Cemburu

  • Tiga Golongan

  • Futur

  • Bulan Istighfar

  • Al-Habib Abdullah Assyatri

  • Pemberian Tidak Setara Antara Anak-anak


    Sesungguhnya Ulama' itu adalah waris para Nabi

    Pautan ke para da'ie dan ulamak:

  • Habib Omar Benhafidz

  • Habib Ali Aljufri

  • Dr Mohd Saied Ramadhan Albouti

  • Dr Wahbah Azzuhayli

  • As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Rahimahullah)


    Pro-Tajdid Segar


    Pengunjung Sejak 1 Februari 2005:

    Isi Buku Tamu 

     

    YM Aljoofre




    Klik di Iklan di bawah (Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran)


    Klik butang "Contact Me" di bawah untuk menghantar email kepada ana

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Wednesday, March 30, 2005
    Bahagian 2-4

    Dalil Kesepuluh : Sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam ketika menyebut kelebihan hari Jumaat dan menyenaraikan keistimewaannya : "Dan padanya (Jumaat) diciptakan Adam".

    Dipetik daripada hadis ini kemuliaan sesuatu waktu yang padanya disabitkan kelahiran mana-mana Nabi Alaihimussalam. Maka bagaimana pula waktu atau hari kelahiran Nabi yang paling utama dan Rasul yang paling mulia?

    Dan kemuliaan hari tersebut bukanlah dikhususkan pada hari tersebut sendiri, tetapi ia mempunyai sifat yang umum, yang mana sentiasa diulang-ulang kemuliannya setiap kali sampai hari tersebut, seperti kemuliaan hari Jumaat. Ini adalah sebagai mensyukuri nikmat, menunjukkan keistemwaan kenabian serta menghidupkan peristiwa-peristiwa sejarah yang amat penting.

    Dalil Kesebelas : Sambutan maulid ini adalah satu perkara yang dipandang baik oleh para ulamak dan kaum muslimin di semua tempat. Malah ia telah diamalkan di merata dunia Islam. Sesuai itu, hukumnya adalah dituntut dari segi syara' berdasarkan kaedah yang dipetik dari sebuah hadis Ibn Mas'ud yang mauquf : Apa yang dipandang oleh kaum Muslimin sebagai perkara yang baik, maka ia baik di sisi Allah. Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad.

    Dalil Kedua Belas : Sambutan maulid dipenuhi dengan perhimpunan untuk berzikir, sedekah, serta pujian dan penghormatan kepada Nabi dan semua ini adalah sunnah, dan amat dituntut dari segi syara'. Nas-nas pada perkara-perkara ini amat banyak sekali dan diketahui umum.

    Dalil Ketiga Belas : Allah Ta'ala telah berfirman:



    Dan kami telah mengisahkan kepada kamu kisah-kisah para rasul dari apa yang dapat mengukuhkan hati kamu

    Di sini jelas bahawa hikmah kisah-kisah para rasul disebutkan di dalam Al-Quran adalah untuk mengukuhkan hati Baginda yang mulia. Dan tidak syak lagi, pada hari ini, kita amatlah memerlukan kepada pengukuhan hati dengan berita dan cerita Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam, malah keperluan kita tentulah lebih kuat lagi berbanding keperluan Baginda tadi.

    Dalil Keempat Belas : Bukan semua perkara yang tidak dilakukan oleh Salaf dan tiada pada kurun-kurun awal Islam adalah bid'ah sayyi'ah yang diingkari dan haram melakukannya. Inilah perkara yang selalu tidak difahami oleh mereka yang mengharamkan sambutan ini.

    Sebenarnya perkara yang dibarukan dalam agama jika mempunyai maslahah maka ia wajib, jika mengandungi perkara haram maka ia haram. Begitulah juga jika mengandungi perkara makruh ia menjadi makruh, mengandungi perkara harus ia menjadi harus, dan jika mengandungi perkara yang mandub maka ia jua mandub.

    Malahan para ulamak telah membahagikan bid'ah kepada 5 bahagian sesuai dengan 5 hukum taklifi (wajib, mandub, makruh, haram dan harus). Walaupun mereka yang anti-sambutan ini mengatakan bahawa ia adalah pembahagian bid'ah dari segi bahasa ataupun apa jua justifikasi mereka, tetap tidak dapat merubah hakikat perkara ini. Hakikat bahawa tidak semua perkara baru dalam agama atau tidak pernah dilakukan oleh generasi salaf merupakan bid'ah yang haram.

    Posted at 01:34 am by aljoofre

     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry

    Google
     
    Web Aljoofre Meredah Usia

    Aljoofre Meredah Usia..

    Tiada hak cipta terpelihara. Sebarang unsur peniruan, pengedaran dan penerbitan dari web ini adalah dibenarkan untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Allah s.w.t. sahajalah yang akan memberi ganjaran dan melindunginya.