Ahlan Wasahlan Wamarhaban

Syed Abdul Kadir Aljoofre,

Kuala Lumpur - Selangor - Singapura - Madinah Al-Munawwarah - Perlis - Kedah - Tanta - Kaherah.

Banyakkanlah berselawat ke atas kekasih kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi Waalihi Wasallam..


Sila jaga tatatertib Syariah dalam tagboard di bawah. Ulasan bagi sesuatu topik dialu-alukan dikemukakan di bahagian ulasan topik tersebut, dan bukan di bahagian tagboard. Jazakumullah
   

<< March 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

Sila klik di tarikh-tarikh di atas untuk melihat entry untuk hari tersebut.. Sila klik juga di bulan-bulan sebelum ini. Digalakkan juga mula membaca dari posting awal (1 Februari 2005) mengikut turutan. Di bawah ini pula sebahagian entry yang menjadi "hits" disusun mengikut tarikh


  • Catitan Pertama

  • Kasih Si Anak Kecil

  • Doa Akhir dan Awal Tahun - Haramkah Membacanya? (Bhgn. 1/2)

  • Meramal Hari Qiamat?

  • Tasua'

  • Cikgu Oh Cikgu!

  • Tuntutan Mencari Ilmu

  • Sabar (Bhgn. 1/2)

  • Sembelih Vs Zalim

  • Force Of Nature.. Konsert Amal

  • Kat sana, kat sini..

  • Siti Oh Siti!

  • Sambutan Maulid Nabi (Bhgn. 1/20)

  • Salam Dari Kota Singa

  • Saman Sambut Maulid

  • Qataluki Ya Iraq!

  • Maulid Melayu

  • Selawat, Bid'ah vs Pendidikan

  • Menghina Islam

  • As-Sayyid Muhammad Al-Maliki (Bhgn. 1/4)

  • Petir

  • Persoalan Membasuh atau Menyapu Kaki Ketika Wudhu' (1/2)

  • Nasihat Tak Wajib Dilaksanakan?

  • Tidak Ikhtilat Lebih Cemerlang

  • Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

  • Istiqamah

  • Korban Bom

  • Dakwah Umum Dan Khusus (Bhgn. 1/2)

  • Aminah Wadud dan Bid'ah Hasanah - Satu Manipulasi Kotor

  • Judi - Pak Lebai dan Datuk Datin

  • Astora Dan Pembaca

  • Ekstrimiskah Mereka?

  • AP Hadhari

  • Permulaan Hidayah

  • Da'ie dan Da'iah

  • Niat Menuntut Ilmu

  • Eulogy (1)

  • Eulogy (2)

  • Surat Imam Abdullah Alhaddad (1/2)

  • Nisfu Sya'ban Datang Lagi

  • Waktu-waktu Penting

  • Puasa dan Raya - Malaysia Vs Mesir

  • Maulid Condi Rice di Arab Saudi

  • Sucikah Kita?

  • Wahhabi Oh Wahhabi

  • Pengenalan Ringkas Mazhab Syafie (1/5)

  • Pening juga tak mau bermazhab ya?

  • Doa Akhir dan Awal Tahun

  • Solat Jumaat - Sedikit Koreksi

  • Cemburu

  • Tiga Golongan

  • Futur

  • Bulan Istighfar

  • Al-Habib Abdullah Assyatri

  • Pemberian Tidak Setara Antara Anak-anak


    Sesungguhnya Ulama' itu adalah waris para Nabi

    Pautan ke para da'ie dan ulamak:

  • Habib Omar Benhafidz

  • Habib Ali Aljufri

  • Dr Mohd Saied Ramadhan Albouti

  • Dr Wahbah Azzuhayli

  • As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Rahimahullah)


    Pro-Tajdid Segar


    Pengunjung Sejak 1 Februari 2005:

    Isi Buku Tamu 

     

    YM Aljoofre




    Klik di Iklan di bawah (Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran)


    Klik butang "Contact Me" di bawah untuk menghantar email kepada ana

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Thursday, March 31, 2005
    Bahagian 2-5

    Dalil Kelima Belas : Bukanlah semua bid'ah itu adalah sesat dan diingkari. Perkara ini telah lama dijelaskan oleh para ulamak salafussoleh. Kalaupun mereka cuba menafsirkan sendiri dengan mengatakan pembahagian ulamak tersebut adalah dari segi bahasa semata-mata, tetap tidak dapat mengubah hakikat bahawa tidak semua perkara baru dalam agama adalah sesat.

    Kita katakan bahawa amalan maulid nabi ini ada sandaran yang begitu banyak dari Al-Quran dan Hadis, mereka katakan bahawa cara sambutan tersebutlah yang bid'ah. Kita katakan jika mereka ingin katakan itu bid'ah silakan, tetapi ia adalah bid'ah samaada wajib atau mustahabbah, tidak lari dari keduanya.

    Dalil bahawa bukan semua perkara baru dalam agama adalah perkara yang dingkari berdasarkan kepada perbuatan generasi salaf sendiri (sekarang siapa ikut salaf, kita atau mereka?). Terlalu banyak perkara baru yang tak pernah dilakukan oleh Rasulullah dalam agama yang mana para sahabat memulakannya. Oleh kerana itu, ulamak telah menafsirkan hadis setiap bid'ah adalah sesat kepada bid'ah yang sayyi'ah.

    Malahan di sebuah negara yang kerap kali melaungkan perkataan bid'ah dholalah bagi yang menyambut sambutan maulid ini sendiri melakukan pelbagai perkara baru dalam agama yang tak pernah dilakukan oleh Rasulullah. Contohnya, dihimpunkan para jamaah pada pertengahan malam di malam-malam akhir ramadhan untuk bertahajud bersama-sama di belakang seorang imam. Dikhatamkan pula qur'an pada solat tersebut. Doa khatam quran dibaca pula oleh imam dan diaminkan oleh semua jamaah. Malah dilaungkan setiap kali hendak solat, Solatul qiyam Atsabakumullah. Setahu ana semua perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan mana-mana generasi salaf pun. Jadi bagaimana perbuatan mereka yang begitu tidak sesat, sedangkan perbuatan kita sesat???

    Kesimpulannya adalah, antara dalil pensyariatan sambutan kelahiran Nabi adalah jika ia bid'ah pun, ia adalah bid'ah yang hasanah, samada wajib atau mustahab, merujuk pada keadaan sesuatu masyarakat tersebut.

    Dalil Keenam Belas : Merujuk kepada semua pecahan yang terdapat dalam dalil kita yang kedua belas, kita dapat lihat bahawa semuanya berdasandarkan kepada apa yang telah disyariatkan. Jadi sambutan ini dikira bid'ah apabila merujuk pada bentuknya yang berbentuk kemasyarakatan atau perhimpunan, bukan dari sudut pecahan-pecahannya. Ia menjadi bid'ah yang hasanah pula kerana ia berada di bawah dalil-dalil syar'i dan kaedah-kaedah kulliah dalam Islam.

    Dalil Ketujuh Belas : Apa yang tidak dilakukan oleh generasi salaf dalam bentuk gabungannya tetapi merangkumi perbuatan-perbuatan yang disyariatkan, maka hukumnya ia juga disyariatkan. Perkara ini amat jelas dan tidak boleh diingkari oleh sesiapa pun.

    Dalil Kelapan Belas : Telah berkata Imam Syafie Radhiyallahu 'Anhu : Apa yang dibaharukan (dalam agama) dan bercanggah dengan kitab, sunnah, ijmak atau atsar, maka ia adalah bid'ah yang dholalah. Dan apa yang dibarukan (dalam agama) dari perkara-perkara yang baik dan tidak bercanggah dengan sesuatu dari yang disebutkan tadi, maka ia terpuji.

    Malah Imam Al-Izz bin Abdissalam serta Imam An-Nawawi dan juga Ibnul Atsir telah mengkategorikan bid'ah kepada 5 bahagian seperti mana yang telah kita sebutkan sebelum ini. Ada di kalangan mereka mendabik dada bahawa para imam ini tersilap dalam menklasifikasikan begini, kerana kononnya pendapat para imam ini bercanggah dengan hadis nabi. Bukankah jelas ia satu hinaan terhadap para imam ini, kononnya mereka ini lebih pakar dan alim dalam hadis daripada para imam tersebut?

    Dalil Kesembilan Belas : Setiap perkara yang meliputi kebaikan yang diliputi olehnya dalil-dalil syara', dan tidak bertujuan untuk mereka satu perkara yang baru yang bercanggah dengan syariah, serta tidak mengandungi perkara mungkar, maka ia termasuk dalam agama.

    Kata-kata mereka yang taksub bahawa perkara ini tidak pernah dilakukan oleh salaf, bukanlah satu dalil bagi mereka, tetapi dinamakan tiada dalil. Perkara ini amat jelas bagi mereka yang mempelajari dan menyelami usul feqh. Malah syari' telah menamakan bid'ah yang baik sebagai sunnah dan dijanjikan pahala bagi pembuatnya, berdasarkan hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :
    Sesiapa yang memulakan perkara dalam Islam suatu sunnah yang baik, maka dia akan diberi pahala bagi perbuatannya, serta pahala mereka yang mengikutinya, tanpa dikurangkan sedikit pun darinya.

    Dalil Kedua Puluh : Sesungguhnya sambutan maulid merupakan satu bentuk menghidupkan kembali peringatan kepada Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Dan ingatan ini adalah sesuatu yang disyariatkan di sisi kita dalam Islam. Lihatlah berapa banyak ibadat dalam Islam yang disyariatkan oleh Allah untuk menghidupkan ingatan kita kembali kepada peristiwa sejarah lampau. Contohnya dalam amalan haji, disyariatkan sa'ie antara Safa dan Marwah serta melontar jamrah, serta menyembelih binatang di Mina. Semua perkara ini merupakan peristiwa lampau yang dikuatkan kembali ingatan tersebut dengan cara membaharukan kembali gambarannya dengan realiti.

    Dalil Kedua Puluh Satu : Setiap apa yang kita nyatakan sebelum ini daripada wajah, dalil serta hujah pensyariatan sambutan kelahiran nabi adalah pada sambutan yang bersih dari perkara-perkara mungkar yang dikeji yang perlu kita ingkari. Jika sambutan tersebut mempunyai perkara-perkara yang mungkar seperti percampuran antara lelaki dan perempuan, melakukan perkara-perakra yang haram, pembaziran dan apa jua yang tidak akan diredhai oleh sohibul maulid Sallallahu 'Alaihi Wasallam sendiri, maka tidak syak lagi pengharamannya dan tegahan padanya kerana ia mengandungi perbuatan yang haram. Oleh itu tegahan ini adalah perkara yang mendatang ('aridh) bukan zat sambutan itu sendiri. Sesiapa yang meneliti perkara-perkara ini tentu jelas sekali.

    Bersambung : Pendapat Syaikh Ibn Taimiyah Berkenaan Maulid.

    Posted at 11:04 pm by aljoofre

     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry

    Google
     
    Web Aljoofre Meredah Usia

    Aljoofre Meredah Usia..

    Tiada hak cipta terpelihara. Sebarang unsur peniruan, pengedaran dan penerbitan dari web ini adalah dibenarkan untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Allah s.w.t. sahajalah yang akan memberi ganjaran dan melindunginya.