Ahlan Wasahlan Wamarhaban

Syed Abdul Kadir Aljoofre,

Kuala Lumpur - Selangor - Singapura - Madinah Al-Munawwarah - Perlis - Kedah - Tanta - Kaherah.

Banyakkanlah berselawat ke atas kekasih kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi Waalihi Wasallam..


Sila jaga tatatertib Syariah dalam tagboard di bawah. Ulasan bagi sesuatu topik dialu-alukan dikemukakan di bahagian ulasan topik tersebut, dan bukan di bahagian tagboard. Jazakumullah
   

<< April 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30

Sila klik di tarikh-tarikh di atas untuk melihat entry untuk hari tersebut.. Sila klik juga di bulan-bulan sebelum ini. Digalakkan juga mula membaca dari posting awal (1 Februari 2005) mengikut turutan. Di bawah ini pula sebahagian entry yang menjadi "hits" disusun mengikut tarikh


  • Catitan Pertama

  • Kasih Si Anak Kecil

  • Doa Akhir dan Awal Tahun - Haramkah Membacanya? (Bhgn. 1/2)

  • Meramal Hari Qiamat?

  • Tasua'

  • Cikgu Oh Cikgu!

  • Tuntutan Mencari Ilmu

  • Sabar (Bhgn. 1/2)

  • Sembelih Vs Zalim

  • Force Of Nature.. Konsert Amal

  • Kat sana, kat sini..

  • Siti Oh Siti!

  • Sambutan Maulid Nabi (Bhgn. 1/20)

  • Salam Dari Kota Singa

  • Saman Sambut Maulid

  • Qataluki Ya Iraq!

  • Maulid Melayu

  • Selawat, Bid'ah vs Pendidikan

  • Menghina Islam

  • As-Sayyid Muhammad Al-Maliki (Bhgn. 1/4)

  • Petir

  • Persoalan Membasuh atau Menyapu Kaki Ketika Wudhu' (1/2)

  • Nasihat Tak Wajib Dilaksanakan?

  • Tidak Ikhtilat Lebih Cemerlang

  • Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

  • Istiqamah

  • Korban Bom

  • Dakwah Umum Dan Khusus (Bhgn. 1/2)

  • Aminah Wadud dan Bid'ah Hasanah - Satu Manipulasi Kotor

  • Judi - Pak Lebai dan Datuk Datin

  • Astora Dan Pembaca

  • Ekstrimiskah Mereka?

  • AP Hadhari

  • Permulaan Hidayah

  • Da'ie dan Da'iah

  • Niat Menuntut Ilmu

  • Eulogy (1)

  • Eulogy (2)

  • Surat Imam Abdullah Alhaddad (1/2)

  • Nisfu Sya'ban Datang Lagi

  • Waktu-waktu Penting

  • Puasa dan Raya - Malaysia Vs Mesir

  • Maulid Condi Rice di Arab Saudi

  • Sucikah Kita?

  • Wahhabi Oh Wahhabi

  • Pengenalan Ringkas Mazhab Syafie (1/5)

  • Pening juga tak mau bermazhab ya?

  • Doa Akhir dan Awal Tahun

  • Solat Jumaat - Sedikit Koreksi

  • Cemburu

  • Tiga Golongan

  • Futur

  • Bulan Istighfar

  • Al-Habib Abdullah Assyatri

  • Pemberian Tidak Setara Antara Anak-anak


    Sesungguhnya Ulama' itu adalah waris para Nabi

    Pautan ke para da'ie dan ulamak:

  • Habib Omar Benhafidz

  • Habib Ali Aljufri

  • Dr Mohd Saied Ramadhan Albouti

  • Dr Wahbah Azzuhayli

  • As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Rahimahullah)


    Pro-Tajdid Segar


    Pengunjung Sejak 1 Februari 2005:

    Isi Buku Tamu 

     

    YM Aljoofre




    Klik di Iklan di bawah (Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran)


    Klik butang "Contact Me" di bawah untuk menghantar email kepada ana

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Thursday, April 21, 2005
    Bahagian 5-5

    Sebahagian Kitab Yang Masyhur Berkenaan Maulid

    Kitab-kitab yang ditulis berkenaan maulid terlalu banyak, dalam pelbagai bentuk penulisan. Di sini kita tidak akan menyebut semua kitab tersebut, tetapi kita akan menyebutkan sebahagian sahaja daripadanya, terutamanya dari pada huffazul hadis, serta para Imam, yang ada menulis kitab maulid dan terkenal pula karangan mereka ini. Cukuplah sekian banyak kitab ini menjadi pedoman kita akan keutamaan dan kemuliaan maulid nabi ini.

    Antara yang mengarang kitab-kitab tersebut adalah:

    1) Al-Imam Al-Muhaddis Al-Hafiz Abdul Rahman bin Ali yang terkenal dengan Abulfaraj ibnul jauzi (wafat tahun 597H), dan maulidnya yang masyhur dinamakan "Al-Arus". Telah dicetak di Mesir berulang kali.

    2) Al-Imam Al-Muhaddis Al-Musnid Al-Hafiz Abulkhattab Umar bin Ali bin Muhammad yang terkenal dengan Ibn Dahyatilkalbi (wafat tahun 633H). Beliau mengarang maulid yang hebat yang mempunyai tahqiq yang begitu berfaedah yang dinamakan "At-Tanwir Fi Maulidil Basyirin Nadzir"

    3) Al-Imam Syeikhul Qurra' Waimamul Qiraat pada zamannya, Al-Hafiz Al-Muhaddis Al-Musnid Al-Jami' Abulkhair Syamsuddin Muhammad bin Abdullah Al-Juzuri As-Syafi'e (wafat tahun 660H). Maulidnya dalam bentuk manuskrip berjudul "'Urfutta'rif bilmaulidis syarif"

    4) Al-Imam Al-Mufti Al-Muarrikh Al-Muhaddis Al-Hafiz 'Imaduddin Ismail bin Umar bin Katsir, penyusun tafsir dan kitab sejarah yang terkenal (wafat tahun 774H). Ibn Katsir telah menyusun satu maulid nabi yang telah pun diterbitkan dan ditahqiq oleh Dr Solahuddin Al-Munjid.

    Kemudiannya maulid ini telah ditanzimkan dan disyarahkan oleh Al-'Allamah Al-Faqih As-Sayyid Muhammad bin Salim Bin Hafidz, Mufti Tarim, dan diberi komen pula oleh Al-Marhum Al-Muhaddis As-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki, yang telah diterbitkan di Siria pada tahun 1387H.

    5) Al-Imam Al-Kabir Wal'alim As-Syahir, Hafizul Islam Wa'umdatul Anam, Wamarja'il Muhaddisin Al-A'lam, Al-Hafiz Abdul Rahim ibn Husain bin Abdul Rahman Al-Misri, yang terkenal dengan Al-Hafiz Al-Iraqi (725H - 808H). Maulidnya yang mulia dan hebat, dinamakan "Al-Mauridul Hana" dan telah disebutkan oleh ramai huffaz seperti Ibn Fahd dan As-Suyuthi.

    6) Al-Imam Al-Muhaddis Al-Hafiz Muhammad bin Abi Bakr bin Abdillah Al-Qisi Ad-Dimasyqi As-Syafie, yang terkenal dengan Al-Hafiz Ibn Nasiriddin Ad-Dimasyqi (777-842H). Beliau merupakan ulamak yang membela Ibn Taymiyah malah menulis kitab bagi menjawab pertuduhan ke atas Ibn Taimiyah. Beliau telah menulis beberapa kitab maulid, antaranya:
       i)   "Jami'ul Atsaar Fi Maulidinnabiyil Mukhtar" dalam 3 Jilid
       ii)  "Al-Lafdzurra'iq Fi Maulid Khairil Khalaiq" - berbentuk ringkasan.
       iii) "Maurid As-Sabiy Fi Maulid Al-Hadi"

    7) Al-Imam Al-Muarrikh Al-Kabir Walhafiz As-Syahir Muhammad bin Abdul Rahman Al-Qahiri yang terkenal dengan Al-Hafiz As-Sakhawi (831-902H) yang mengarang kitab Addiyaullami' dan kitab-kitab lain yang berfaedah. Beliau telah menyusun maulid nabi dan dinamakan "Al-Fakhrul 'Alawi Fi Al-Maulid Annabawi" (Disebutkannya dalam kitab Ad-Diyaullami', Juzuk 8, halaman 18).

    8) Al-Allamah Al-Faqih As-Sayyid Ali Zainal Abidin As-Samhudi Al-Hasani, pakar sejarah dari Madinah Al-Munawarrah (wafat tahun 911H). Maulidnya yang ringkas (sekitar 30 muka surat) dinamakan "Al-Mawarid Al-Haniyah Fi Maulid Khairil Bariyyah". Kitab ini dalam tulisan khat nasakh yang cantik dan boleh didapati di perpustakaan-perpustakaan di Madinah, Mesir dan Turki.

    9) Al-Hafiz Wajihuddin Abdul Rahman bin Ali bin Muhammad As-Syaibani Al-Yamani Az-Zabidi As-Syafie, yang terkenal dengan Ibn Daibai'e. beliau dilahirkan pada bulan Muharram 866H, dan meninggal dunia pada hari Jumaat, 12 Rejab 944H. Beliau merupakan salah seorang Imam pada zaman beliau, dan merupakan kemuncak masyaikhul hadis. Beliau telah meriwayatkan hadis-hadis Al-Bukhari lebih seratus kali, dan membacanya sekali dalam masa enam hari. Beliau telah menyusun maulid yang amat masyhur dan dibaca di merata dunia (maulid daibaie). Maulid ini juga telah ditahqiq, diberi komentar serta ditakhrijkan hadisnya oleh Al-Marhum Al-Muhaddis As-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki.

    10) Al-'Allamah Al-Faqih Al-Hujjah Syihabuddin Ahmad bin Hajar Al-Haitami (wafat tahun 974H). Beliau merupakan mufti Mazhab Syafie di Makkah Al-Mukarramah. Beliau telah mengarang maulid yang sederhana (71 muka surat) dengan tulisan khat naskh yang jelas yang boleh didapati di Mesir dan Turki. Beliau namakannya "Itmamun Ni'mah 'Alal 'Alam Bimaulid Saiyidi Waladi Adam". Selain itu beliau juga menulis satu lagi maulid yang ringkas, yang telah diterbitkan di Mesir dengan nama "An-Ni'matul Kubra 'Alal 'Alam Fi Maulid Saiyidi Waladi Adam".

    As-Syeikh Ibrahim Al-Bajuri pula telah mensyarahkannya dalam bentuk hasyiah dan dinamakannya : "Tuhfatul Basyar 'Ala Maulid Ibn Hajar"

    11) Al-'Allamah Al-Faqih As-Syaikh Muhammad bin Ahmad As-Sayrbini Al-Khatib (wafat tahun 977H). Maulidnya dalam bentuk manuskrip sebanyak 50 halaman, dengan tulisan yang kecil tetapi boleh dibaca.

    12) Al-'Allamah Al-Muhaddis Al-Musnid Al-Faqih As-Syaikh Nuruddin Ali bin Sultan Al-Harawi, yang terkenal dengan Al-Mula Ali Al-Qari (wafat tahun 1014H) yang mensyarahkan kitab Al-Misykat. Beliau telah mengarang maulid dengan judul "Al-Maulidurrawi Fil Maulidin Nabawi". Kitab ini juga telah ditahqiq dan diberi komentar oleh Al-Marhum Al-Muhaddis As-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki, dan dicetak di Matba'ah As-Sa'adah Mesir tahun 1400H/1980M.

    13) Al-'Allamah Al-Muhaddis Al-Musnid As-Sayyid Ja'far bin Hasan bin Abdil Karim Al-Barzanji, Mufti Mazhab As-Syafi'e di Madinah Al-Munawarah (khilaf pada tahun wafatnya, 1177H atau 1184H). Beliau merupakan penyusun maulid yang termasyhur yang digelar Maulid Al-Barzanji. Sebahagian ulamak menyatakan nama sebenar kitab ini ialah "'Aqdul Jauhar Fi Maulidin Nabiyil Azhar". Maulid ini merupakan maulid yang termasyhur dan paling luas tersebar di negara-negara Arab dan Islam, di timur dan barat. Malah dihafal dan dibaca oleh orang Arab dan 'Ajam pada perhimpunan-perhimpunan mereka yang berbentuk kemasyarakatan dan keagamaan.

    14) Al-'Allamah Abul Barakat Ahmad bin Muhammad bin Ahmad Al-'Adawi yang terkenal dengan Ad-Dardir (wafat tahun 1201H). Maulidnya yang ringkas telah dicetak di Mesir dan terdapat hasyiah yang luas padanya oleh Syeikul Islam di Mesir, Al-Allamah As-Syeikh Ibrahim bin Muhammad bin Ahmad Al-Baijuri atau Al-Bajuri (wafat tahun 1277H).

    15) Al-'Allamah As-Syeikh Abdul Hadi Naja Al-Abyari Al-Misri (wafat tahun 1305H). Maulidnya yang rigkas dalam bentuk manuskrip.

    16) Al-Imam Al-'Arif Billah Al-Muhaddis Al-Musnid As-Sayyid As-Syarif Muhammad bin Ja'far Al-Kattani Al-Hasani (wafat tahun 1345H). Maulidnya berjudul (Al-Yumnu Wal-Is'ad Bimaulid Kharil 'Ibad" dalam 60 halaman, telah diterbitkan di Maghribi pada tahun 1345H.

    17) Al-'Allamah Al-Muhaqqiq As-Syeikh Yusuf An-Nabhani (wafat tahun 1350H). Maulidnya dalam bentuk susunan bait dinamakan "Jawahirun Nazmul Badi' Fi Maulidis Syafi'" diterbitkan di Beirut berulangkali.

    Begitulah sebahagian daripada kitab-kitab maulid yang telah disusun oleh para ulamak ummat Islam yang terkenal. Kebanyakan maulid yang ada hari ini dikarang oleh para huffaz, muhaddisin dan ulamak yang masyhur. Cukuplah bagi kita melihat betapa maulid ini begitu dimuliakan oleh para ulamak silam, tetapi cuba diingkari oleh mereka yang mengaku cerdik pandai dalam agama di zaman ini.

    Posted at 12:33 pm by aljoofre

    Wan
    January 29, 2008   08:18 PM PST
     
    Betul ada ulama yang sokong maulid. Tetapi ulama ada yang tersilap dan terkurang. Kesilapan mereka bukanlah mengecilkan keilmuan mereka. Berkenaan maulid ini kembalilah berpegangdengan al-quran dan sunnah dan contoh oleh para sahabat dan para golongan salafussoleh. adakah maulid dibuat oleh golongan salafussoleh? mengikut sejarah siapakah yg mula2 buat maulid? tidakkah maulid spt org kristian yg menyambut kelahiran jesus?
    aljoofre
    January 30, 2008   10:23 AM PST
     
    Pembetulan pada ayat saudara.. Betul banyaaaaaaaaaaaak ulamak yg sokong maulid.

    DAn betul ulamak ada tersilap. Dalam permasalahan ni, tidakkan saudara rasa, ualmak yg saudara ikut yg tersilap, berbanding Imam Ibn hajar, Imam Suyuthi dan Ibn Taymiyah serta ribuan lagi ulamak yg menyokong diadakan maulid ni.

    Kembalilah berpegang kepada ALquran dan Sunnah dan ajaran para salafussoleh, saudara Wan, dan sambutlah maulid Nabi Junjungan.

    Saudara baca belum artikel ni dari awal sampai abis. Kan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam sendiri yg sambut? Tergamak saudara kata Nabi buat satu perkara yg seperti orang Kristian eh?

    Walhasil, Kekasih kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah mengajarkan kita.. Siapa nak ikut sunnah silakanlah.. Siapa nak ikut ulamak Wahhabi/salafi jadian dll, silakanlah..
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry

    Google
     
    Web Aljoofre Meredah Usia

    Aljoofre Meredah Usia..

    Tiada hak cipta terpelihara. Sebarang unsur peniruan, pengedaran dan penerbitan dari web ini adalah dibenarkan untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Allah s.w.t. sahajalah yang akan memberi ganjaran dan melindunginya.