Ahlan Wasahlan Wamarhaban

Syed Abdul Kadir Aljoofre,

Kuala Lumpur - Selangor - Singapura - Madinah Al-Munawwarah - Perlis - Kedah - Tanta - Kaherah.

Banyakkanlah berselawat ke atas kekasih kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi Waalihi Wasallam..


Sila jaga tatatertib Syariah dalam tagboard di bawah. Ulasan bagi sesuatu topik dialu-alukan dikemukakan di bahagian ulasan topik tersebut, dan bukan di bahagian tagboard. Jazakumullah
   

<< July 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

Sila klik di tarikh-tarikh di atas untuk melihat entry untuk hari tersebut.. Sila klik juga di bulan-bulan sebelum ini. Digalakkan juga mula membaca dari posting awal (1 Februari 2005) mengikut turutan. Di bawah ini pula sebahagian entry yang menjadi "hits" disusun mengikut tarikh


  • Catitan Pertama

  • Kasih Si Anak Kecil

  • Doa Akhir dan Awal Tahun - Haramkah Membacanya? (Bhgn. 1/2)

  • Meramal Hari Qiamat?

  • Tasua'

  • Cikgu Oh Cikgu!

  • Tuntutan Mencari Ilmu

  • Sabar (Bhgn. 1/2)

  • Sembelih Vs Zalim

  • Force Of Nature.. Konsert Amal

  • Kat sana, kat sini..

  • Siti Oh Siti!

  • Sambutan Maulid Nabi (Bhgn. 1/20)

  • Salam Dari Kota Singa

  • Saman Sambut Maulid

  • Qataluki Ya Iraq!

  • Maulid Melayu

  • Selawat, Bid'ah vs Pendidikan

  • Menghina Islam

  • As-Sayyid Muhammad Al-Maliki (Bhgn. 1/4)

  • Petir

  • Persoalan Membasuh atau Menyapu Kaki Ketika Wudhu' (1/2)

  • Nasihat Tak Wajib Dilaksanakan?

  • Tidak Ikhtilat Lebih Cemerlang

  • Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

  • Istiqamah

  • Korban Bom

  • Dakwah Umum Dan Khusus (Bhgn. 1/2)

  • Aminah Wadud dan Bid'ah Hasanah - Satu Manipulasi Kotor

  • Judi - Pak Lebai dan Datuk Datin

  • Astora Dan Pembaca

  • Ekstrimiskah Mereka?

  • AP Hadhari

  • Permulaan Hidayah

  • Da'ie dan Da'iah

  • Niat Menuntut Ilmu

  • Eulogy (1)

  • Eulogy (2)

  • Surat Imam Abdullah Alhaddad (1/2)

  • Nisfu Sya'ban Datang Lagi

  • Waktu-waktu Penting

  • Puasa dan Raya - Malaysia Vs Mesir

  • Maulid Condi Rice di Arab Saudi

  • Sucikah Kita?

  • Wahhabi Oh Wahhabi

  • Pengenalan Ringkas Mazhab Syafie (1/5)

  • Pening juga tak mau bermazhab ya?

  • Doa Akhir dan Awal Tahun

  • Solat Jumaat - Sedikit Koreksi

  • Cemburu

  • Tiga Golongan

  • Futur

  • Bulan Istighfar

  • Al-Habib Abdullah Assyatri

  • Pemberian Tidak Setara Antara Anak-anak


    Sesungguhnya Ulama' itu adalah waris para Nabi

    Pautan ke para da'ie dan ulamak:

  • Habib Omar Benhafidz

  • Habib Ali Aljufri

  • Dr Mohd Saied Ramadhan Albouti

  • Dr Wahbah Azzuhayli

  • As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Rahimahullah)


    Pro-Tajdid Segar


    Pengunjung Sejak 1 Februari 2005:

    Isi Buku Tamu 

     

    YM Aljoofre




    Klik di Iklan di bawah (Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran)


    Klik butang "Contact Me" di bawah untuk menghantar email kepada ana

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Sunday, July 10, 2005
    Dakwah Umum Dan Khusus (2)

    Ana teringat kata-kata Ali Alqari dalam Mu'taqad Abi Hanifah yang bermaksud, seorang ulamak hadis tanpa ilmu feqh adalah seperti seorang penjual ubat yang bukan seorang doktor. Dia hanya memiliki ubat tetapi tidak tahu menggunakannya atau mengubati pesakit.

    Ibn Uyaynah pula menyebutkan, yang mana dinaqalkan oleh banyak ulamak darinya, yang bermaksud: Hadis itu boleh menyesatkan kecuali bagi mereka yang faqih. Jika kita lihat, betapa benar kata-kata tersebut. Betapa ummat Islam hari ini mudah bercakaran hanya kerana pemahaman yang salah terhadap sesuatu hadis. Dan waqi' hari ini juga kita lihat, betapa ramai yang dipesongkan dari ajaran Islam sebenar, dengan buku-buku, majalah-majalah, artikel-artikel, laman-laman web, email dan sebagainya yang dipenuhi dengan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang sohih, tapi membawa pemahaman yang salah.

    Ibn Wahb pula pernah berkata, seorang yang menghafal hadis pun akan tersesat jika tidak mempunyai seorang imam dalam feqh, dan jika Allah tidak menyelamatkan kita dengan Malik dan Al-Layts (Ibn Sa'd), nescaya kita akan tersesat.

    Seorang ulamak hadis pun boleh tersesat tanpa imam feqh, inikan pula kita yang hanya membaca buku-buku yang ditulis oleh sebahagian pihak (dengan terjemahan pula). Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah menyebutkan, "Jika seorang itu memberi dakwah atau beribadah kepada Allah bukan dengan ilmu, maka apa yang salah aku khuatiri lebih banyak dari yang benar". Renungkanlah betapa bahaya jika agama secara terperinci dibicarakan oleh mereka yang bukan ahlinya. Sanggupkah kita menerima apa yang diperkatakan oleh seseorang yang bukan ahlinya, hanya kerana gaya dan ucapannya begitu menarik hati kita, dan cara penulisan dan bahasanya begitu memukau, seolah-olah dialah seorang ilmuan yang patut kita terima dan ikuti, sedangkan hakikat sebenar kita tidak mengerti kejahilannya sendiri?

    Tetapi, sekali lagi ana tekankan, bukanlah ilmu feqh itu dinilai dengan sekeping ijazah. Ilmu itu harus dipelajari dengan tekun dan sempurna mengikut aturan, tertib dan adabnya. Seorang yang memiliki ijazah tak semestinya faqih. Dan begitu juga sebaliknya, seorang yang telah belajar di pondok selama berpuluh tahun tak semestinya bukan faqih.

    Kita tidak sekali-kali mengatakan hanya ijazah kayu pengukur kefaqihan seseorang. Tetapi yang kita tekankan adalah, ilmu agama ini perlukan ketekunan yang sempurna, sepenuh masa, mengikut aturan dan adabnya sendiri, bagi melahirkan seorang yang faqih dan benar-benar memahami. Ijazah di universiti-universiti tertentu seperti Al-Azhar sudah mensyaratkan perkara-perkara di atas. Oleh itu banyak dari graduannya yang benar-benar memahami. Tetapi kita tidak nafikan ada sebilangan yang tidak mengikuti perkara-perkara tersebut, dan keluar dengan ijazah, tanpa ilmu yang cukup.

    Seorang yang bermula lambat juga tidak ternafi untuk menjadi seorang faqih. Contohnya jika dia telah tamat dalam bidang ekonomi atau kejuruteraan. Kemudiannya mempelajari limu agama secara sepenuh masa, dengan para ulamak, mengikut aturan dan adabnya, mempelajari setiap cabang yang diperlukan (dan pastinya mengambil masa yang panjang), maka dia boleh juga menjadi seorang yang faqih, dengan kurniaan dan rezki dari Allah. Begitu juga seorang yang dari awal mempelajari ilmu agama, tak semestinya menjadi faqih tanpa kurniaan Allah.

    Malakah atau bakat dalam feqh juga diperlukan. Kerana itulah kita lihat ramai yang mempelajari agama, tetapi hanya sebahagian yang benar-benar menjadi faqih. Hikmah Allah dalam memilih mereka yang tertentu untuk difaqihkan dalam agamanya ini, amat jelas dan amat panjang jika ingin dihuraikan. Kesimpulannya tidak semua orang boleh menjadi faqih dengan belajar dengan secara tersusun, apatah lagi mereka yang hanya belajar dengan buku dan beberapa orang guru sahaja.

    Secara umumnya, ana sebutkan sekali lagi, dakwah am, boleh dan patut dilakukan oleh setiap individu dalam masyarakat muslim. Manakala dakwah khas memerlukan pakar-pakarnya yang tersendiri bagi mengupas dan menghuraikannya kepada masyarakat. Semoga ana telah menunaikan hak bagi tajuk ini. Tidaklah ana ingini melainkan keredhaan Allah dengan kefahaman benar semua masyarakat dalam perkara ini.

    Wallahu A'lam

    Posted at 05:20 pm by aljoofre

    FM
    September 4, 2005   03:24 PM PDT
     
    Alhamdulillah, crystal clear, InsyaAllah akn dimanfaatkn. Oleh krn saya pengunjung yg teramat baru (tapi alhamdulillah berkesempatan bertaaruf dgn kakak ust-munirah/Dr.Al-Hadad), lebih molek dan afdhal kiranya ustaz boleh terangkan status pelajar dan pengajian ustaz- pengkhususannya n etc, InsyaAllah lebih memudahkn saya bg penerangan kat org2 lain yg akn menanya. (as what u said-mesti tau ilmu diambil dari siapa). Jika ada masa, maybe boleh edit penerangan ttg gambar2 ulama2 dlm blog ust ni- masyaAllah-nama dan specialty mereka2 sekali. Moga Allah mengurniakan lebih banyak ilmu, kebijaksanaan dan rahmatNya kepada mereka semua, InsyaAllah. wallahua'lam
    akmal_sidik
    December 30, 2008   08:11 PM PST
     
    bagaimana pula dengan para ulama yg jahil dlm bab2 ekonomi, pemerintahan (bidang profesional la)? sebab kalau bidang agama ada urutan2 utk mempelajarinya, maka begitu jugak bidang2 profesional ni. mohon pencerahan
    Aljoofre
    December 31, 2008   11:08 PM PST
     
    Saudara Akmal,

    Sama sahaja konteksnya. Jika ulamak itu jahil ilmu ekonomi, maka dia tidak boleh bercakap bab ekonomi. Jika dia jahil bidang perubatan dia tidak boleh menulis bab perubatan.

    Wallahu A'lam
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry

    Google
     
    Web Aljoofre Meredah Usia

    Aljoofre Meredah Usia..

    Tiada hak cipta terpelihara. Sebarang unsur peniruan, pengedaran dan penerbitan dari web ini adalah dibenarkan untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Allah s.w.t. sahajalah yang akan memberi ganjaran dan melindunginya.