Ahlan Wasahlan Wamarhaban

Syed Abdul Kadir Aljoofre,

Kuala Lumpur - Selangor - Singapura - Madinah Al-Munawwarah - Perlis - Kedah - Tanta - Kaherah.

Banyakkanlah berselawat ke atas kekasih kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi Waalihi Wasallam..


Sila jaga tatatertib Syariah dalam tagboard di bawah. Ulasan bagi sesuatu topik dialu-alukan dikemukakan di bahagian ulasan topik tersebut, dan bukan di bahagian tagboard. Jazakumullah
   

<< August 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

Sila klik di tarikh-tarikh di atas untuk melihat entry untuk hari tersebut.. Sila klik juga di bulan-bulan sebelum ini. Digalakkan juga mula membaca dari posting awal (1 Februari 2005) mengikut turutan. Di bawah ini pula sebahagian entry yang menjadi "hits" disusun mengikut tarikh


  • Catitan Pertama

  • Kasih Si Anak Kecil

  • Doa Akhir dan Awal Tahun - Haramkah Membacanya? (Bhgn. 1/2)

  • Meramal Hari Qiamat?

  • Tasua'

  • Cikgu Oh Cikgu!

  • Tuntutan Mencari Ilmu

  • Sabar (Bhgn. 1/2)

  • Sembelih Vs Zalim

  • Force Of Nature.. Konsert Amal

  • Kat sana, kat sini..

  • Siti Oh Siti!

  • Sambutan Maulid Nabi (Bhgn. 1/20)

  • Salam Dari Kota Singa

  • Saman Sambut Maulid

  • Qataluki Ya Iraq!

  • Maulid Melayu

  • Selawat, Bid'ah vs Pendidikan

  • Menghina Islam

  • As-Sayyid Muhammad Al-Maliki (Bhgn. 1/4)

  • Petir

  • Persoalan Membasuh atau Menyapu Kaki Ketika Wudhu' (1/2)

  • Nasihat Tak Wajib Dilaksanakan?

  • Tidak Ikhtilat Lebih Cemerlang

  • Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

  • Istiqamah

  • Korban Bom

  • Dakwah Umum Dan Khusus (Bhgn. 1/2)

  • Aminah Wadud dan Bid'ah Hasanah - Satu Manipulasi Kotor

  • Judi - Pak Lebai dan Datuk Datin

  • Astora Dan Pembaca

  • Ekstrimiskah Mereka?

  • AP Hadhari

  • Permulaan Hidayah

  • Da'ie dan Da'iah

  • Niat Menuntut Ilmu

  • Eulogy (1)

  • Eulogy (2)

  • Surat Imam Abdullah Alhaddad (1/2)

  • Nisfu Sya'ban Datang Lagi

  • Waktu-waktu Penting

  • Puasa dan Raya - Malaysia Vs Mesir

  • Maulid Condi Rice di Arab Saudi

  • Sucikah Kita?

  • Wahhabi Oh Wahhabi

  • Pengenalan Ringkas Mazhab Syafie (1/5)

  • Pening juga tak mau bermazhab ya?

  • Doa Akhir dan Awal Tahun

  • Solat Jumaat - Sedikit Koreksi

  • Cemburu

  • Tiga Golongan

  • Futur

  • Bulan Istighfar

  • Al-Habib Abdullah Assyatri

  • Pemberian Tidak Setara Antara Anak-anak


    Sesungguhnya Ulama' itu adalah waris para Nabi

    Pautan ke para da'ie dan ulamak:

  • Habib Omar Benhafidz

  • Habib Ali Aljufri

  • Dr Mohd Saied Ramadhan Albouti

  • Dr Wahbah Azzuhayli

  • As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Rahimahullah)


    Pro-Tajdid Segar


    Pengunjung Sejak 1 Februari 2005:

    Isi Buku Tamu 

     

    YM Aljoofre




    Klik di Iklan di bawah (Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran)


    Klik butang "Contact Me" di bawah untuk menghantar email kepada ana

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Friday, November 16, 2007
    Pemberian Tidak Setara Antara Anak-anak

    Ketika berbual beberapa hari lepas bersama adik-adik, selepas ana membacakan kitab Adab Sulukil Murid dan Nailurraja' di surau Asrama Selangor, ana ditanyakan persoalan berkaitan pemberian seorang bapa kepada anaknya untuk belajar. Terkait juga pada permasalahan ini, seorang bapa yang melebihkan pemberian (hibah), kepada seorang anaknya daripada yang lain, jika dilihat anaknya itu lebih memerlukan terutamanya jika anak tersebut masih lagi belajar, dan tidak bekerja, berbanding anak-anaknya yang lain, atau anak tersebut dilihatnya lebih alim dan beradab daripada yang lain.

    Jumhur Fuqaha' (majoriti ahli fiqh) menyatakan makruh pemberian tidak setara atau tidak seimbang daripada seorang bapa kepada anak-anaknya jika keperluan antara anak-anak tersebut adalah seimbang. Adapun jika terdapat seorang anak yang lebih memerlukan daripada yang lain maka tidaklah makruh. (Mughniyul Muhtaj; Al-Khatib Assyarbini). Contoh "lebih memerlukan" adalah, kerana sakit, ahli keluarga yang ramai atau menyibukkan diri dalam menuntut atau mengajarkan ilmu. Begitu juga tidak mengapa bagi seorang bapa untuk tidak memberikan langsung hartanya kepada seorang yang didapatinya fasiq atau derhaka kepadanya. 

    Di dalam kitab Majma'ul Anhar (Feqh Hanafi), ada menyebutkan :

    "Jika sebahagian anaknya menyibukkan diri dengan ilmu (samaada menuntut ataupun mengajar) dan tidak bekerja, tidaklah mengapa dia melebihkannya daripada anak-anaknya yang lain. Dan di atas jawapan para mutaakhirin (ulama terkemudian), tidak mengapa jika diberi kepada sebahagian anaknya yang alim serta beradab dan tidak memberi anaknya yang fasiq serta berbuat dosa"

    Imam Malik bin Anas sendiri pernah ditanya berkenaan seseorang yang ingin memberikan pemberian kepada sebahagian anaknya yang mentaatinya, dan tidak memberikannya kepada yang lain, maka dijawab oleh Imam Malik : "Tidak mengapa".

    Inilah pendapat Jumhur Fuqaha' serta yang dipegang dalam Mazhab Syafie, dan beginilah juga fatwa yang dikeluarkan oleh Darul Ifta' Mesir (no. 6039). Jawapan yang disebutkan di atas adalah huraian semula secara ringkas daripada Fatwa tersebut. Wallahu A'lam.


    Posted at 01:42 am by aljoofre
    Ulas?  

    Sunday, November 04, 2007
    Kelas Pengajian - Updated

    Ramai yang tertanya-tanya ke mana menghilang dan menyepinya ana yang faqir ini. Sudah tak mahu menulis lagikah? Harapan untuk kembali aktif menulis seringkali diwar-warkan tetapi natijahnya agak menghampakan. Khusus pada tahun 2007 ini, graf kekerapan penulisan yang dihasilkan di blog ini terlalu merudum. Dari permulaan ketika bercuti di Malaysia dahulu dengan purata satu tulisan sehari, hinggalah menjadi satu tulisan sebulan. Semoga Allah memberi kekuatan buat kita semua.

    Tak perlu ana ulangi lagi, alasan dan seribu alasan mengapa blog ini tidak dikemaskini sekerap dahulu. Sidang pembaca boleh membacanya sendiri di beberapa entry sebelum ini. Galakan ana kepada pembaca yang berasa hampa (walau tazkirah memang amat bagus diulang-ulang baca ;-) ), agar melanggan sahaja dengan meletakkan alamat email di kolum sebelah kiri, paling bawah blog ini. Anda akan diberitahu bilakah blog ini dikemaskini, insyaAllah.

    Buat adik-adik para asatizah bakal daie insyaAllah yang berada di Mesir, kelas pengajian ana yang fakir ini, setakat ini adalah seperti berikut:

    Sabtu:  Al-Mawarits - 10.00 pagi- Surau Sarawak
                Adab Sulukil Murid dan Nailur Raja' - Selepas Maghrib - Surau Rumah Selangor

    Ahad : Alminhajul Qawim (Khusus Akhawat) - 8.30 pagi- Surau Sarawak
                Alqawaidul Feqhiah (Khusus Akhawat) - 3.00 petang & 5.45 malam - Surau Sarawak       

    Isnin :  Al-Mawarits - Selepas Asar - Surau Sarawak
               Alqawaidul Feqhiah (Khusus Akhawat) - 5.45 malam - Surau Sarawak
               Alminhajul Qawim (Khusus Akhawat) - 8.00 malam - Surau Sarawak

    Selasa:Al-Mawarits - Selepas Asar - Surau Sarawak
               Adab Sulukil Murid dan Nailur Raja' - Selepas Maghrib - Surau Rumah Selangor

    Rabu : Kifayatul Akhyar - 7.00 pagi - Madrasah Imam Syafie
                Bidayatul Hidayah - Selepas Isyak - Masjid Masakin Jadidah Fustat

    Khamis : Bidayatul Hidayah - Selepas Maghrib - Markaz Perubatan, Munirah, Sayidah Zainab


    Selain di atas, pengajian yang belum dapat ditetapkan waktunya secara berkala, adalah Syarhul Waraqat, Assullam fi Ilmil Mantiq, Al-Itqan Fi Ulumil Quran, serta Feqh Muamalat (khusus Akhawat). Ana juga amat mengharapkan doa kalian.

    Jadual Pengajian Tidak Berkala

    Ahad, 11 November : Kifayatul Akhyar - 7.00 pagi - Madrasah Imam Syafie

    Isnin, 12 November : Diskusi Kitab Ila Waratsatil Anbiya' - 6.00 malam - Markaz Syubra


    Posted at 01:02 pm by aljoofre
    2 Ulasan  

    Tuesday, August 07, 2007
    Al Habib Abdullah bin Hasan As Syatrie

    AL-HABIB ABDULLAH BIN HASAN ASSYATRIE

    Pada hari Selasa, 23 Rejab 1420 bersamaan 2 November 1999, telah kembalilah ke rahmatullah Al Habib Al Ustaz Abdullah bin Hasan Assyatrie di Singapura. Ini merupakan satu lagi peristiwa yang menyedih dan mengingatkan kita dengan hadis bahawa Allah s.w.t. akan mengangkat ilmu dengan meninggalnya alim ulama'

    Al Habib Abdullah bin Hasan bin Husin bin Abdullah Assyatrie dilahirkan di kota Dammun di Hadhramaut pada tahun 1328 H (1910 M). Ibu beliau ialah puteri kepada Al Habib Hasan bin Ahmad bin Husin bin Abdullah Al Idrus. Semenjak kecil lagi beliau telah diasuh oleh kedua ibu bapanya dan dimasukkannya ke Maktab Ta'lim Al Quran semasa berumur 4 tahun.

    Sebelum mencapai umur 6 tahun, beliau telahpun khatam Al Quran dan seterusnya dihantar ke Madrastul Haq di kota Tarim. Seterusnya beliau meneruskan pengajian di Rebat Tarim dan qubah Abdullah bin Shaikh Al Idrus dan zawiyah As Syeikh Ali dan juga majlis-majlis roha yang dipimpin Al Habib Abdullah bin Umar Assyatri, Al Habib Abdullah Idrus Al Idrus dan Al Habib Ali bin Abdul Rahman Al Mashor. Beliau juga menghadiri pengajian di rumah Al Habib Alwi bin Abdullah bin Shahab.

    Pada tahun 1350 H (1932 M), ketika berumur 22 tahun, Al Habib Abdullah berangkat ke Makkah menunaikan haji dan umrah serta tinggal selama lebih kurang 3 tahun di tanah suci. Dalam tempoh tersebut beliau mendalami lagi ilmu agama dengan beberapa para ulama' yang masyhur di Tanah Suci ini. Untuk menampung sara hidup, beliau berniaga di sebelah paginya.

    Pada tahun 1355 H (1936 M), di atas nasihat ayahnya, beliau berhijrah ke Tanah Melayu. Kemudian berhijrah pula dan menetap di Singapura dan di Brunei.

    Al Habib Abdullah yang pada dadanya penuh dengan ilmu menghabiskan umurnya di dalam usaha pendidikan dan penyelidikan. Selama dua puluh enam tahun beliau bertugas di beberapa institut pelajaran Islam. Di antaranya di Madrasah Al Attas Johor Bahru, Madrasah  As Saggoff Al Arabiyah dan Madrasah Al Khairiah Al Islamiah di Singapura. Beliau juga merupakan salah seorang daripada lima pengasas Persatuan Al Wehdah Al Arabiyah di Singapura.

    Kemudian pada tahun 1387 H (1967 M), beliau telah diminta untuk mengajar di Madrasah Hasan Al Bolkiah Arabiyah di Brunei dan kemudiannya pada tahun 1399 H (1978 M), beliau bertugas sebagai penyelidik / penterjemah Bahasa Arab di Pusat Sejarah Brunei. Beliau bersara pada tahun 1410 H (1989 M) selepas berkhidmat selama 22 tahun dan juga menerima Pingat Kebesaran Negara Brunei Darussalam sebelum pulang ke Singapura.

    Al Habib Abdullah tidak suka menonjolkan diri dan hidup dengan serba sederhana. Beliau telah diasuh oleh bapanya sendiri untuk beribadah bersamanya kepada Ilahi sejak kecil lagi. Bibir beliau sentiasa bergerak dengan zikrullah. Maka telah menjadi amalan biasanya untuk memulakan ibadahnya dari sebelum jam tiga pagi pada setiap hari dengan sembahyang-sembahyang nawafil, diikuti dengan bacaan Al Quran dan doa munajat khas selama dua puluh minit sebelum terbit waktu fajar. Beliau menyambung bacaan wirid selepas sembahyang qabliah dan juga selepas sembahyang Subuh. Setelah itu tidur sebentar sebelum bangun untuk mengerjakan sembahyang dhuha.

    Amalan ini biasa dilakukan terus menerus walaupun pada masa beliau sakit dan diletakkan di dalam wad hospital. Makan paginya ringan dan dimulakan dengan tujuh biji kurma ajwa dengan air zam zam, manakala makanan malamnya hanya dengan dua atau tiga keping roti yang dicicah denagn lauk berulamkan lobak merah. Pada waktu yang lain beliau banyak menumpukan masanya pada mentelaah kitab, menulis dan mengajar secara persendirian kepada masyarakat umum.

    Walaupun Al Habib Abdullah telah bekerja selama lebih daripada setengah abad, beliau tidak menyimpan harta. Apa yang ada, dibelanjakan untuk menampung biasiswa pelajar agama secara tersembunyi dan mencetak buku-buku karangan beliau yang diedarkan secara percuma.

    Apabila beliau kembali ke rahmatullah, jenazahnya secara hadir atau ghaib, disembahyangkan oleh puluhan ribu orang di Singapura, Semenanjung Malaysia, Sarawak, Sabah, Brunei, Palembang, Selatan Filipina dan di Jeddah.  Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan beliau di kalangan para syuhada' dan solehin. Amin.

    Di antara guru-gurunya di Hadhramaut:

    Al Habib Abdullah bin Umar As Syatrie
    Al Habib Alwi bin Abdullah bin Shahab
    Al Habib Ali bin Husin bin Shahab
    Al Habib Abdullah bin Idrus Al Idrus
    Al Habib Abdul Bari bin Syeikh Al Idrus
    Al Habib Abu Bakar Asree
    Al Habib Muhammad bin Hashim Bin Tahir
    As Syeikh Abdullah bin Said Hassan
    As Syeikh Salam bin Said Bakir
    As Syeikh Umar Ad Dawilah

    Di antara guru-gurunya di Makkah:

    Al Habib Idrus bin Salim Albar
    Al Habib Abu Bakar bin Salim Albar
    Al Habib Abu Bakar bin Ahmad Alhabsyi
    Al Habib Alwi bin Abbas Al Maliki
    Al Habib Muhammad Amin Al Kutbi
    As Syeikh Umar Bejenaid
    As Syeikh Umar Hamdan
    As Syeikh Khalifah Al Bahani

    Di antara guru-gurunya di Johor:

    Al Habib Alwi bin Tahir Al Haddad
    Al Habib Muhammad bin Hasan Bin Shahab


    Ribuan telah menjadi anak murid Al Habib Abdullah. Antara yang mendapat manfaat daripada ilmu beliau adalah:

    Dato' Ahmad Awang (Bekas Mufti Johor)
    Dato' Ahmad Alwi Adnan (Mufti Sabah)
    Syed Isa Bensemait (Mufti Singapura)
    Pehin Dato' Muhammad Zain (Menteri Agama Brunei)
    Pehin Dato' Yahya Ibrahim (Timbalan Menteri Agama Brunei)
    Al Ustaz Abu Bakar Hashim (Presiden Mahkamah Syarie Singapura)
    Awangpun Awangsibun (Ketua Hakim Syarie Sarawak)
    Dato' Anis Abut (Yang Dipertua Majlis Agama Islam Sarawak)
    Almarhum Al Ustaz Abdillah Aljufri (Bekas Pengetua Madrasah Aljunid Al Islamiyah Singapura)
    Al Ustaz Ahmad Sonhaji Muhammad (seorang ulamak Singapura)
    Almarhum Dr Burhanuddin Helmi
    Almarhum Tan Sri Syed Jaafar Albar
    Almarhum Usman Said (bekas Menteri Besar Johor)

    Antara karangan-karangan beliau:

    i. Ringkasan sejarah Islam
    ii. Huraian Pada Masalah Perselisihan Empat Mazhab
    iii. Risalah Addin Nasihah
    iv. Kisah Al Isra' dan Al Mi'raj
    v. Rahsia-rahsia Ratib Al Haddad
    vi. Hukum Haidh dan Istihadhah
    vii. Ad Durus Fardiah fil Mirats
    viii. Manzumah Tashil Ifadah bima lil Ibadah
    ix. Jadual fi I'rab "la" annafiah almukarrarah
    x. Al Irshad Fi Asrar Wa Fawaid Ratib


    Posted at 06:28 am by aljoofre
    3 Ulasan  

    Monday, August 06, 2007
    Haul Rajab

    Pejam celik sedarnya sudah tiba kita di penghujung Rajab. Semoga kita telah menggarap sebaiknya segala rahsia di bulan ini. Bulan Rejab menyaksikan tarikh wafat ramai tokoh Islam. Antaranya (mengikut riwayat-riwayat tertentu), Al Imam Ja' far Assodiq, Al Imam Al Junaid, Al Imam As Syafie, Al Imam An Nawawi dan pendakwah kurun ke-15, Al Habib Ahmad Masyhur Alhaddad.

    Akhir Rajab, dua insan pilihan Allah, yang sangat ana hormati dan sanjungi pulang ke rahmatullah. Tanggal 22 Rajab dua tahun yang lalu, Almarhumah Ummi meninggalkan kami semua. Sehingga hari ini, tak mampu ana menulis secara terperinci riwayat hidup Ummi. Asuhan ummi buat kami semua tersemat di dada. Kata seorang ibu saudaraku, Ummi adalah legenda Muslimah zaman ini. Abah pula sering menyebut, jiwa Ummi bukan jiwa generasi akhir zaman ini, tetapi jiwa generasi Islam terdahulu.

    Tanggal 23 Rajab, lapan tahun yang lalu pula (cepat betul masa berlalu ya), seorang guru yang ana kagumi lagi cintai, Al Habib Abdullah bin Hasan Assyatrie meninggal dunia di Singapura. Beliau juga adalah bapa kepada guru yang banyak mendidik kami dan terlalu berjasa buat ana, Al Habib Umar bin Abdullah Assyatrie (hafizahullah). Masih ana teringat kunjungan-kunjungan terakhir menziarahi beliau. Dalam keadaan kurang sihat dan sukar berbicara, mutiara ilmu dan nasihat masih sentiasa terbit dari mulut beliau.

    Semoga Allah memanfaatkan kita semua dengan barakah, asrar, cahaya-cahaya, ilmu-ilmu dan nafahat mereka, di dalam urusan agama kita dunia dan akhirat. Amiin...


    Posted at 06:03 am by aljoofre
    3 Ulasan  

    Saturday, July 14, 2007
    Bulan Istighfar

    Ahlan Wasahlan wahai Rajab. Ulama' menamakan bulan ini sebagai bulan Istighfar sebagai menggalakkan ummat Islam untuk memperbanyakkan lagi istighfar padanya.

    Rejab sebagai bulan Allah dan salah satu bulan haram di dalam Islam, mempunyai pelbagai kelebihan dan keutamaan. Malam ini juga adalah salah satu malam yang tidak ditolak doa seorang hamba (hadis do'if, Imam Suyuthi, Al-Jami'ussoghir, No. 3952).

    Maka berusahalah wahai mereka yang dirahmati Allah. Sesungguhnya telah datang kepada kita musim keuntungan. Imarahkanlah seluruh waktumu.

    Antara istighfar yang yang digallakkan diperbanyakkan untuk dibaca adalah bacaan:

    Ya Allah, ampunkan daku, rahmatilah aku dan terimalah taubatku (70 kali).

    Banyak lagi bacaan istighfar yang disebutkan oleh para ulamak khas untuk awal malam dan sepanjang bulan Rejab ini. Contohnya seperti yang disebutkan oleh Sidi Alqutbur Rabbani, Assyaikh Abdul Qadir Aljilani, qaddasallahu sirrah di dalam kitabnya Alghunyah, dan juga Doa Istighfar Rejab oleh Al-Allamah Assayyid Hasan bin Sayyidi Abdullah Ba'Alawi Alhaddad. Namun tak sempat rasanya nak ditaip keseluruhannya pada petang ini.

    Apapun jangan lupa banyakkan istighfar padanya serta jangan lupa juga Sayyidul Istighfar (penghulu istighfar), yang warid daripada Nabi Sollallahu 'Alaihi Wasallam tiga kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang:

    .   .   .

    Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau; Engkau ciptakan daku dan aku adalah hamba-Mu dan aku akan menuruti titah dan amanat-Mu sekuat tenagaku. Aku berlindung dengan-Mu dari hal-hal buruk yang aku lakukan, dan aku mengakui kepada-Mu nikmat-Mu kepadaku, serta mengakui dosaku, maka ampunilah daku, kerana tiada yang mampu mengampuni dosa selain Engkau.

     

    Semoga Allah memberikan kita keampunan seluasnya, menyucikan hati kita dalam mempersiapkan kita menerima kehadiran Sya'ban seterusnya memasuki bulan Ramadhan yang mulia. Amiiin...


    Posted at 05:56 pm by aljoofre
    1 Ulasan  

    Saturday, June 30, 2007
    Futur

    Imam Al-Bukhari rahimahullahu ta'ala meriwayatkan di dalam kitab Sahihnya, dan Imam Muslim rahimahullahu ta'ala meriwayatkan juga dalam kitab Sahihnya daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam baginda bersabda:

    Allah Azza Wajalla telah mencipta Adam dengan rupa bentuknya, tingginya 60 hasta. Maka apabila telah dicipta, Allah berfirman: Pergilah dan ucapkanlah salam kepada mereka (beberapa malaikat yg sedang duduk), maka dengarlah apa yang akan mereka ucapkan salam penghormatan kepada kamu. Sesungguhnya itulah salam penghormatan buatmu dan keturunanmu. Adam bersabda: Assalamu 'Alaikum. Maka mereka (malaikat) menjawab : Assalamu 'Alaikum Warahmatullah, dengan menambah kalimah 'Warahmatullah'. Maka setiap yang memasuki syurga dengan rupa bentuk Adam, dan manusia semakin kecil selepas daripadanya sehingga sekarang.

    Para ulama' pada mensyarahkan hadis ini telah berkata: Firman Allah "Pergilah dan ucapkanlah salam kepada mereka dan dengarlah ucapan salam penghormatan mereka padamu" menunjukkan bahawa mereka berada berjauhan daripada Adam Alaihissalam. Ia menjadi dalil kepada istihbabnya bermusafir untuk mendapatkan ilmu, dan Adam Alaihissalam merupakan manusia pertama yang berjalan untuk menuntut ilmu.

    (Petikan Bahagian Pertama, Kitab Sofahat Min Sobril Ulama', Syaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah).

    Apabila kita ditimpa futur, lemah atau bosan dalam perjalanan ilmu, dakwah dan perjuangan kita, kenangkanlah bagaimana Allah Subhanahu Wata'ala memerintahkan kita berjalan dan bersusah payah untuk mencari secebis ilmu, serta betapa bersusah payahnya para ulamak' terdahulu mencari, mengumpul kemudian menyebarkan ilmu pengetahuan.

    Al-Habib Kazim bin Ja'far Asseggaf menceritakan kepada kami, kisah seorang alim yang ditimpa sedikit kebosanan ketika mengulangkaji ilmu. Beliau merehatkan diri sebentar tanpa melakukan apa-apa. Tiba-tiba beliau ternampak seekor serangga mendaki dinding di hadapannya, namun terjatuh setiap kali cuba naik ke atas. Dilihatnya serangga itu tidak berputus asa tetapi terus berulangkali mencubanya. Panjat jatuh lagi. Panjat, namun jatuh lagi. Dilihat dan dilihat sehingga 400 kali ia memanjat akhirnya sampai jua ke atas. Lantas beliau terfikir, adakah aku ingin menjadi lebih buruk dan rendah martabatnya dari serangga tersebut, sehingga baru beberapa kali mengulangkaji sudah jemu dan bosan, lantas berehat sahaja?

    Al-Habib juga menasihati supaya sentiasa berlindung diri daripada Syaitan yang merupakan faktor utama lemahnya seseorang dalam pencarian ilmu. Inilah sebabnya jarang sekali seseorang itu bosan dalam permainan dan riadahnya, tetapi cepat sahaja bosan dalam pengajian. Selain itu, beliau menyebutkan adalah menjadi lumrah bagi seorang manusia biasa untuk bosan atau jemu dalam pengajian, akan tetapi beliau mengingatkan agar jangan sekali-kali menjadikannya sebagai kebiasaan atau satu perkara yang berterusan bagi kita.

    Antara langkah yang perlu diambil adalah, berpindah kepada subjek atau perkara yang kurang memerlukan tumpuan mental, serta mengingati hasil usaha dan penat lelah insan lain yang telah berjaya untuk dijadikan teladan. Contohnya ingatkan diri kita bagaimana para ulama' dahulu menggunakan dakwat dan pena berhasil menulis berpuluh jiid kitab, sedangkan kita di zaman sains dan teknologi yang serba mudah ini, satu lembaran pun amat payah dihasilkan.

    Seperkara yang penting juga adalah tidak berdiam diri tanpa melakukan apa jua perkara. Sekurang-kurangnya, kata beliau, duduklah berfikir. Berfikirlah akan apa jua perkara yang bermanfaat untuk diri kita dan ummat Islam. Gunakan akal fikiran dan gerakkan ia. Sekurang-kurangnya jika tidak mahu juga berfikir dan belajar, lakukan apa jua perkara walaupun ia sudah menjadi rutin kebiasaan atau perkara yang kita lihat seolah-olah terlalu remeh, seperti menyapu rumah dan melipat kain baju. Sekecil-kecil perkara ada manfaatnya buat diri dan akal kita, tanpa kita sedari. Yang penting kita tidak duduk termenung menompang dagu tanpa melakukan apa jua.

    Semoga Allah Ta'ala memberikan kita kekuatan untuk terus dalam perjuangan ini, melindungkan kita daripada gangguan syaitan agar tidak futur dan lemah apatah lagi bosan dalam pencarian ilmu serta mengembangkannya dalam rangka mencapai redha Allah.

     
                 Bersama Al-Habib Kazim Asseggaf


    Posted at 02:09 pm by aljoofre
    4 Ulasan  

    Thursday, June 28, 2007
    Iklan untuk warga Mesir

    Semalam Allah Ta'ala yang Maha Pengasih lagi Penyayang memberikan kami nikmat bersama-sama dengan Al-Habib Kazim Asseggaf, di rumah Selangor. Ceramah yang padat lagi ilmiah serta tentu sekali terpancar cahaya rabbani, yang amat jarang ana ketemu pada penceramah sekarang. Sejurus ceramah ana diberi kesempatan beramah mesra dengan beliau di meja jamuan dan berbincang beberapa topik yang agak panas ketika ini. Nak dihuraikan agak panjang, mungkin satu ketika nanti, jika diiizinkan Allah.

    Apapun, sebenarnya tak boleh lama di cybercafe ini. Cuma nak mengajak rakan-rakan yang berada di Mesir untuk ke Sahah Yamaniah, agar dapat bersama-sama sekali lagi dengan Al-Habib Kazim sejurus Maghrib nanti. InsyaAllah, esok atau lusa Al-Habib akan ke Jordan pula, sebelum pulang ke Yaman untuk kursus musim panas Darul Mustafa. Rebutlah peluang ini ya.

    Seperkara lagi, insyaAllah PMRAM akan mengajurkan Madrasah Imam Syafie Kedua bersempena cuti musim panas ini. Mereka yang berminat, pakat-pakat hadirlah ke taklimatnya pada pagi Sabtu ini di Rumah Perak. Tentu sekali tak ada yang mampu menjadi Imam Syafie Kedua sebagaimana Imam Syafie yang pertama rahimahullah, tetapi marilah kita sama-sama merebut peluang ini, untuk beroleh Redha Allah dan memantapkan ilmu di dada.

    Pakat sampaikan ya kepada yang lain.


    Posted at 12:57 pm by aljoofre
    Ulas?  

    Saturday, June 23, 2007
    Himpunan Catatan

    Kebetulan ada masa sedikit nak mengemaskini catatan beberapa perkara yang berlaku baru-baru ini di sekitar ana.

    1) Semalam dua sahabat ana pulang ke Malaysia, meneruskan perjuangan di sana pula. Ustaz Mohd Noor Mohd Shahar, Ketua Bait Muslim Selangor dan mantan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir bersama keluarga. Banyak pengajaran, pengalaman dan mutiara nasihat yang ana dapat kutip sepanjang ana mengenali beliau. Ketika mula futur dalam perjuangan ada sahabat yang meniupkan kembali semangat, sungguh terasa nikmat dari Allah buat kita. 

    Seorang lagi Ustaz Nabil Ahmad, bekas rakan serumah ana ketika membujang dahulu, mantan Naib Presiden PMRAM, sekarang dah pun jadi artis nasyid. Teringat cerita-cerita lucu beliau tentang perkahabaran terkini dari Negeri Darul (Bid'ah) Sunnah, dari mufti yang tak layak bergelar mufti itu sampailah kepada Institut Sunnahnya.

    Selamat berjuang para sahabatku. Tanggungjawab yang terpikul di pundak amatlah berat. Moga kita semua tsabat dalam perjuangan ini.

    2) Perlu berpindah rumah pula sekarang ini. Hidup di sini begitulah. Berpindah randah dari satu rumah ke rumah yang lain. Tak sampai setahun di rumah sekarang ini, perlu mencari pula rumah yang lain. Kalau ada pembaca di Mesir yang tahu mana-mana rumah untuk disewa maklumkan pada ana ya. Doakan juga rumah yang baru nanti ada akses internet ya. Big Smile

    3) Fatwa dari Majlis Fatwa Mesir tidak membenarkan pihak Kedutaan Malaysia di Mesir memaksa para muslimah yang berniqab (purdah) untuk membuka niqabnya di dalam mana-mana premis kedutaan. Apa yang dibolehkan untuk tujuan keselamatan hanyalah membukanya di hadapan pengawal sebentar sahaja, kemudian membenarkan mereka menutup kembali. Fatwa ini berlandaskan pendapat yang kuat dalam Mazhab Syafie tentang hukum berniqab dan berlapang dada kepada individu untuk beramal dengan mazhabnya.

    Lucu bila Kedutaan Singapura yang penuh dengan non-muslim membenarkan muslimah berpurdah tetapi tidak Kedutaan Malaysia yang 100% pekerjanya Islam belaka. Malah larangan bukan hanya di dalam bangunan Kedutaan tetapi juga di asrama-asrama negeri Siapa yang exstrim sebenarnya ya. Harap fatwa tersebut dalam menjelaskan keadaan.

    4) Kes bunuh sudah pun berlaku di kalangan pelajar Malaysia di sini. Benarlah satu generasi ke satu generasi semakin buruk keadaannya. Semoga Allah memperbaiki urusan kita semua dan menyelamatkan kita serta anak cucu kita dari fitnah ini.

    5) Menonton TV dengan siaran satelit percuma, melihat gelagat Wahhabi dalam satu saluran khusus mereka, mengkritik Maulana Mufti Mesir, Ahlussunnah Waljamaah, serta tentu sekali syiah yang sentiasa menjadi bahan tawa mereka. Menonton pula siaran Syiah (chanel ahlul bait mereka dakwa, fitnah yang maha besar, moga Allah menunjukkan kebenaran), mengkritik pula para sahabat tak habis-habis, membesarkan Sayyidah Fatimah Az-Zahra' sehingga lebih mulia dari Nabi sendiri, dan tentu sekali mengkritik wahhabi.

    Sedih melihat nasib ummat Islam sekarang, tak habis-habis bercakaran sesama sendiri. Di Palestin tambah memilukan. Di Iraq ketika mana Maqam Ahlulbait dibom, ulamak Wahabi Arab Saudi dengan kurang ajarnya menyokong dan mengatakan itulah ajaran Islam sebenar. Syiah pula menangisi lalu mengebom pula muslimin Ahlussunnah. Senang betul kerja Yahudi di Palestin dan Amerika di Iraq ya.

    6) Al-Habib Kazim dari Hadhramaut sekarang berada di Mesir. Buat para sahabat yang berada di Mesir, moh kita ke Sahah Yaman esok malam sesudah Maghrib, untuk membaca burdah dan bersama-sama mendengar mutiara kalam dari beliau.

    7) Ana yang fakir ini akan menyambung pembacaan kitab di Mesir setakat ini, seperti berikut:

    Ahad : Nailurraja' (Rumah Selangor)
    Isnin : Nailurraja' (Syubra)
    Selasa : Nailurraja' (Rumah Selangor)
    Rabu : Waraqat (Syubra)
    Sabtu : Waraqat (Rumah ana)


    Posted at 09:21 am by aljoofre
    1 Ulasan  

    Friday, June 22, 2007
    Tiga Golongan

    Terlalu lama blog ini tidak dikemaskini, membiarkannya bersarang dengan harapan apa yang dituliskan sebelum ini memberikan manfaat kepada semua terutamanya ana yang faqir ini. Hati sentiasa meronta-ronta untuk menulis lebih kerap, majlis-majlis bersama para habaib dan masyaikh di bumi Mesir ini banyak rasanya mahu dikongsi bersama, tapi Allah sahaja yang mengetahui kelemahan diri ini.

    Minggu lalu dalam khutbah Jumaat di Masjid Ibadurrahaman, Hayyu Sabiek, ana tertarik dengan kupasan sebuah hadis yang masyhur Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah menyebutkan akan tiga golongan yang akan ditanyakan oleh Allah di hari kiamat nanti. Tiga golongan tersebut ialah: orang yang alim, orang yang mempunyai harta, dan mujahid di jalan ALlah.

    Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, sabda baginda bukanlah dari hawa nafsu, akan tetapi daripada wahyu Allah Ta'ala jua, serta diberikan pula jawami'ul kalim. Satu perkataan yang keluar dari mulut baginda yang mulia, takkan mungkin hanyalah omongan biasa. Mutiara yang bercambah dapat dikutip oleh para ulamak' salafussoleh dari satu kalimah yang ringkas.

    Berbalik kepada 3 golongan tadi, antara pengajaran yang kita dapat petik adalah 3 golongan ini merupakan 3 komponen penting dalam sebuah masyarakat. Jika ketiga-tiganya dapat berganding bahu dalam kebenaran, insyaAllah masyarakat tersebut akan dapat diperbaiki. Setiap komponen perlu memainkan peranan masing-masing sebaiknya dan menyerahkan setiap urusan kepada ahlinya.

    Contoh terbaik yang ana dapat daripada khutbah tersebut secara langsung, disebutkan pada khutbah yang kedua, bahawa seorang dermawan bersetuju untuk menaja kos pengajian setiap kanak-kanak yang belajar Al-Quran di Masjid tersebut (pada minggu sebelumnya imam mengumumkan yuran yang perlu dibayar oleh setiap pelajar, manakala pengajian untuk dewasa berbentuk kursus musim panas telah pun ditaja oleh pelbagai pihak).  

    Contoh yang ana berikan ini kecil sahaja. Tetapi inilah bentuk gandingan yang baik antara orang yang mempunyai harta dan juga mereka yang berilmu dalam skala yang kecil. Jika setiap masjid di tempat kita beroleh sokongan demikian, para ulamak pula menggunakan harta yang diberikan pada jalan yang yang terbaik, ibu bapa pula amanah dalam mementingkan pendidikan anak-anak, insyaAllah generasi yang lebih baik dapat dihasilkan.


    Posted at 08:52 am by aljoofre
    Ulas?  

    Tuesday, April 10, 2007
    Abdul Rahman Aljoofre (2)

    Sedikit update peribadi. Abdul Rahman dah 5 bulan. Alhamdulillah sihat walafiat. Doakan ya!


    Posted at 06:17 pm by aljoofre
    3 Ulasan  

    Previous Page Next Page

    Google
     
    Web Aljoofre Meredah Usia

    Aljoofre Meredah Usia..

    Tiada hak cipta terpelihara. Sebarang unsur peniruan, pengedaran dan penerbitan dari web ini adalah dibenarkan untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Allah s.w.t. sahajalah yang akan memberi ganjaran dan melindunginya.