Entry: Perginya seorang Tuan Guru Wednesday, January 30, 2008





Innalillahi Wa inna ilaihi raji'un..

Sebak sungguh pagi ni bila baca berita. Moga Allah tempatkan beliau bersama-sama golongan awliya', syuhada' dan solihin, dan para A'immah Arrasyidin, bersama junjungan mulia Sayyidil Mursalin, Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Ingatanku buatnya tak pernah pudar. Seorang Wali Allah bagiku. Seorang yang mewakafkan seluruh hidupnya untuk dakwah Islam. Tuan Guru Dato' Haji Ishak Baharom, mempunyai watak yg serius tetapi selalu tersenyum. Pakaiannya ketika mengajar dari muda lagi ialah jubahnya. Istiqamahnya menegakkan kebenaran sukar dicari ganti pada hari ini. Pemergiannya benar-benar satu kehilangan buat Ummat Islam, khususnya di Malaysia.

Berita di Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam.

Menurut seorang anggota keluarganya, jenazah Allahyarham kini dibawa ke rumahnya di Taman Sri Andalas, Klang.

Katanya, jenazah berkemungkinan akan dibawa ke Masjid Lipat Kajang, Taman Sri Andalas untuk disolatkan jam 9.30 pagi esok.

Menurut beliau, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, selepas itu.

 
Biodata Ringkas Tuan Guru Haji Ishak Baharom

-------------------------------------------------------------------------------

Updated: Beliau telah dikebumikan di Makam Diraja Selangor. Alhamdulillah. Namun berita-berita di akhbar media arus perdana hanya menyiarkan sedikit sahaja beritanya. Berita seorang artis dan penulis skrip meninggal dunia berpuluh kali ganda lebih dibesarkan. Sila ke laman-laman berikut untuk berita-berita yang ada. Terima kasih juga buat tuan-tuan blog yang menganjurkan bacaan Alquran (30 Juzuk) untuk Almarhum.

Pegang Erat Amanah, Pesan Gurunya (Artikel yang amat baik)

Tegas Menegakkan Hukum

Berani Terima Tindakan Demi Kebenaran

Pemecatan Jadi Pengajaran Umat Islam

Tokoh Yang Berilmu, Berani dan Tawadhuk

Selamat Bersemadi Di Makam Diraja

Hilang Sebutir Lagi Bintang

Diingati Istana Selepas Pemergiannya / Mufti Yang Meneruskan Jihad Bersama PAS

Alfatihah...

   3 comments

Name
January 30, 2008   01:22 PM PST
 
Innalillahiwainnailaihirajiun

Semoga Allah menempatkan roh beliau di kalangan orang yg bertaqwa.

Teringat citer ratu cantik dulu.. Walau dipecat oleh kerajaan, namanya terus harum mewangi..
faqirah
February 2, 2008   09:39 PM PST
 
sedihnya pemergian ULAMA' kita yg sukar dicari ganti, manusia semakin hina dgn dunianya, ULAMA' pula ramai yg meninggalkan dunia, apa nak jadi dgn kita yg masih lalai lagi tidak sedarkan diri,.. ayuh kita tegakkan kebenaran umpama para ULAMA' kita yg telah pun menempah SYURGA..jangan kita takut, kerana SYURGA sedang menanti kita jua..
aljoofre
February 4, 2008   02:25 PM PST
 
Di manakah ganti mereka ini, jika kita asyik duduk bertumpang dagu? Lepas seorang, seorang para ulamak meninggalkan kita, siapakah yang bakal meneruskan perjuangan suci mereka?

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments