Entry: Wafatntya Bintang Usul Feqh Syam Monday, February 04, 2008



Asshaikh Almurabbi Al-Usuli Doktor Mustafa Sa'ied Alkhin telah meninggal dunia di Masjid Sayidina Alhasan, Damsyiq, Siria, ketika Khatib sedang berkhutbah, Jumaat lalu (1 Februari) dalam usia 89 tahun. 

Seorang Alim Ummah meninggal dunia di dalam Masjid ketika khutbah Jumaat. Kebetulan pula dua entry ana berturut-turut berkenaan dua orang alim yang berani dan tsabat dalam perjuangan mereka, meninggalkan kita.

Kali ini, bintang usul Feqh Syam yang digelar Najmussuri wa usuli Syam, antara anak murid terhebat kepada Syaikh Hasan Habannakah, memiliki banyak tulisan yang cukup bermanfaat buat kita semua, kembali ke rahmatullah.

InsyaAllah ana akan menulis biodata ringkas hidup beliau, berserta sebuah kisah menarik daripada kitab Atsarul Ikhtilaf (risalah PhDnya).

Sekadar satu dialog yang berlaku selepas beliau meninggal di Masjid tersebut:

Syaikh Kuraim Rjih : Orang alim ini (Dr Alkhin), tidak tercemar dengan pemerintah mahupun dengan orang yang kaya.

Abu Idris : Oleh kerana itulah Allah mengambilnya di rumah-Nya.

Allaah.. Moga Allah memberikan kita peluang untuk bersama kekasih-kekasih kita ini lagi nanti, moga Allah memberikan kita manfaat dengan ilmu, barakah, rahsia-rahsia, nafahat mereka ini, untuk kehidupan kita di dunia dan akhirat.

Alfaatihah...

   2 comments

faqirah
February 4, 2008   11:43 AM PST
 
ALLAHUAKBAR...hebatnya pilihan ALLAH buat para KEKASIHNYA...pergi dalam keadaan yg mulia, pada hari yg mulia..di tempat yg mulia..tahulah kita bahawa BELIAU mulia disisi NYA...
aljoofre
February 4, 2008   02:23 PM PST
 
Benar sekali.. Tambah satu lagi, di bulan yang mulia pula.. Seni mati yang mulia..

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments